Seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang dikejarkan ke Hospital Serdang awal pagi ini selepas mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah disyaki akibat keracunan makanan.
Mereka merangkumi 90 penuntut wanita dan 20 lelaki yang sedang menjalani program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah di kolej universiti berkenaan.
Seorang pegawai kolej itu berkata kebanyakan mereka mula mengadu sakit perut dan muntah selepas solat Maghrib semalam dan ekoran itu pihak kolej telah membawa kesemua penuntut ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketika ditemui pemberita di hospital itu, beliau berkata hari ini merupakan hari keempat mereka menjalani program orientasi selama seminggu.
“Bagaimanapun selepas solat Maghrib malam tadi, ramai penuntut mengadu sakit perut dan mula muntah menyebabkan pengurusan kolej mengambil keputusan membawa kesemua mereka ke Hospital Serdang pada kira-kira 8.30 malam," katanya.
Pegawai kolej itu berkata sebelum solat Maghrib, penuntut berkenaan terlebih dahulu diberi makan malam nasi putih berlauk ayam masak kurma serta sayur di dewan makan pada sekitar 3 petang hingga 7 malam.
Menurutnya lagi, pada kira-kira 1 tengah hari semalam mereka diberi makan tengah hari nasi putih dengan ayam masak kicap dan sayur.
Pegawai kolej itu berkata namun selepas makan malam dan selesai solat Maghrib, kesemua mereka mula mengadu sakit perut dan muntah.
“Sepanjang seminggu orientasi itu berlangsung, pihak kolej mengambil tempahan penyediaan makanan pihak katering dari luar kampus,” katanya.
Ada mangsa mendakwa lauk ayam masak kicap yang sedikit berbau ketika dimakan pada tengah hari semalam menjadi punca mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah.
Mohd Aqil Adnan, 19 tahun, berkata ketika menikmati hidangan tengah hari memang ada beberapa rakannya mengadu ayam masak kicap yang dimakan sedikit berbau dan tidak sedap dimakan.
“Bagaimanapun, saya dan rakan-rakan lain tetap menikmati hidangan berkenaan kerana lapar dan tidak mengesyaki bahawa makanan itu mungkin tercemar," katanya.
Mohd Aqil berkata selesai solat Maghrib, beberapa rakannya mengadu sakit perut serta mual sebelum dia sendiri merasainya.
“Sepanjang waktu itu setiap seorang daripada kami muntah tanpa henti malah saya sendiri muntah lebih kurang tujuh kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Seorang lagi penuntut, Muhammad Iman Marzuki, 19 tahun, berkata mereka terpaksa beratur panjang untuk menggunakan tandas akibat cirit-birit dan sakit perut.
Remaja itu berkata sakit perut dan mual yang dialaminya berkurangan selepas menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019

Mereka terpaksa beratur panjang untuk menggunakan tandas akibat cirit-birit dan sakit perut. - Foto BERNAMA

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma
Buffon yang bersara pada Ogos tahun lalu dianggap antara bekas pemain Itali yang cukup cemerlang sepanjang kariernya dalam bola sepak.

UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan
Program itu akan bermula Disember ini dan merintis peluang bagi IPT, khususnya UTM, dalam menjalin usaha sama bersama industri sukan negara.

Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT
KPT hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.

Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.

Lulusan Diploma Fisioterapi UniSZA rekod kadar kebolehpasaran 100 peratus
Semua 175 lepasan diploma tersebut telah mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan, swasta, malah ada yang membuka pusat rawatan swasta dan meraih pendapatan lumayan.

Program asasi, diploma: Sesi akademik dalam talian sepenuhnya mulai Ogos - KPT
Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program asasi dan diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.

UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.

MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan
90 penuntut wanita dan 20 lelaki itu sedang menjalani program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.

Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM
Kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.