PUTRAJAYA: Seramai 79,668 daripada 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian melalui UPUOnline, ditawarkan tempat ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KPT dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
Menurut kenyataan itu seramai 65,243 calon SPM pula, ditawarkan melanjutkan pengajian di politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), yang menawarkan program pengajian peringkat sijil dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Sebanyak 500 program pengajian ditawarkan bagi sesi 2023/2024, iaitu 47 pengajian asasi, 309 (diploma), satu (ijazah sarjana muda) dan 143 (sijil).
"Kemasukan pelajar ke institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," menurut kenyataan itu.
Prinsip meritokrasi ialah berasaskan 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.
"Seramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA, politeknik, KK dan ILKA bagi program lepasan SPM," menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan KPT itu memaklumkan secara keseluruhan, tawaran laluan khas ialah sebanyak 14,619 iaitu 13,649 tawaran diberikan kepada calon dari keluarga B40, 346 kepada orang kurang upaya (OKU), 335 (atlet), 289 (Orang Asli) dan 26 calon yang merupakan lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mengenai calon yang tidak mendapat tawaran, KPT memaklumkan antara faktor kegagalan ialah tidak memenuhi syarat am atau syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutama bagi program kompetitif dan kedudukan merit rendah.
KPT mempelawa mereka untuk membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai hari ini sehingga pukul 5 petang pada 16 Julai ini.
Menurut kenyataan itu lagi, seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM tidak membuat permohonan melalui UPUOnline atas beberapa faktor, antaranya telah mendapat tawaran menyambung pengajian di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan, institut pendidikan guru, institusi pengajian tinggi swasta dan Majlis Amanah Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

KPT hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. - Gambar hiasan
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.

Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).