Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mempelawa perokok tegar yang menghadapi kesukaran untuk berhenti daripada tabiat merokok untuk mendapatkan rawatan dan 'penawar' secara percuma di semua klinik kesihatan di negeri ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pihaknya menyediakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di semua klinik kesihatan termasuk di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk membantu kumpulan perokok itu.
"Perokok yang sukar menghentikan tabiat merokok tetapi berazam untuk berhenti boleh datang ke tempat itu bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang bayaran," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Sambutan Minggu Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tasik di sini, hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof.
Dr Ahmad Razin berkata perkhidmatan untuk berhenti merokok itu turut disediakan oleh pihak swasta menerusi perkhidmatan berhenti merokok "mQuit"yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
"Perokok harus menyedari tabiat merokok boleh mengundang penyakit kronik yang membawa maut termasuk penyakit kanser, paru-paru, serangan jantung dan angin ahmar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017
Dapatkan rawatan dan 'penawar' secara percuma di semua klinik kesihatan di Kelantan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Ulat dalam telur masin, premis makanan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan sebuah premis makanan di Sungai Petani yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat baru-baru ini, ditutup serta-merta.
Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lepas.
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sediakan 382 pasukan untuk hadapi banjir
Ia meliputi 132 pasukan kesihatan yang bertanggungjawab melakukan aktiviti pencegahan, pemantauan, kawalan penyakit dan pemeriksaan persekitaran PPS.
Lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan pada Ogos
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 4,884 kompaun bernilai RM1.203 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.
Sarawak bersedia bina pusat kanser menjelang akhir tahun ini - Abang Jo
Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser menggunakan dana negeri menjelang akhir tahun in jika kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan tersebut, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan KL, Putrajaya mula guna kamera badan
Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengaplikasi penggunaan kamera badan dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Johor catat 1,164 kes demam denggi setakat 25 Jun
Sebanyak 1,164 kes demam denggi direkodkan di Johor dari 1 Jan sehingga 25 Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.
Sijil vaksin palsu: JKN Terengganu kesan pembeli
"Kami menyeru agar mereka ini datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) sama ada klinik kerajaan atau swasta dan dapatkan segera suntikan vaksin."