KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu daripada seorang doktor klinik swasta di Marang.
Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata, golongan terbabit perlu diberi nasihat serta penjelasan supaya mereka menyedari bahawa tindakan itu boleh mengancam keselamatan awam.
"Aktiviti mengenal pasti pembeli ini perlu dilakukan secara teliti, kami perlu dapatkan maklumat terperinci dan kalau terbukti barulah kami akan ambil tindakan seperti memberi kaunseling," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata mereka juga digalakkan supaya mengambil suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin demi keselamatan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.
"Kami menyeru agar mereka ini datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) sama ada klinik kerajaan atau swasta dan dapatkan segera suntikan vaksin ini, nasihat ini termasuklah untuk sesiapa sahaja yang belum menerima vaksinasi," katanya.
Sementara itu Dr Kasemani berkata, klinik swasta berkenaan telah memohon untuk menjadi PPV dan kelulusan baru sahaja diberikan, namun belum beroperasi sebagai PPV.
Sabtu lepas seorang doktor lelaki berusia 51 tahun yang mendakwa dirinya antivaksin ditahan polis selepas disyaki menjual sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu berurusan dengan klinik tersebut untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihaknya masih menyiasat jumlah sebenar individu yang mendapatkan sijil vaksinasi palsu.
Katanya, doktor berkenaan mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM600 kepada individu yang berhasrat mendapatkan sijil vaksinasi tanpa melakukan suntikan yang sebenar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Sabtu lepas seorang doktor lelaki berusia 51 tahun yang mendakwa dirinya antivaksin ditahan polis selepas disyaki menjual sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu. - Gambar fail/Bernama
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Sijil vaksin palsu: JKN Terengganu kesan pembeli
"Kami menyeru agar mereka ini datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) sama ada klinik kerajaan atau swasta dan dapatkan segera suntikan vaksin."
Tambah sengsara pandemik COVID-19, ini 10 kes penipuan di seluruh dunia
Dos vaksin yang diragui, sijil vaksin palsu, malah lebih dahsyat adalah pembakaran mayat yang sebenarnya mangsa jenayah.
Hati-hati vaksin COVID-19 palsu - Interpol
Interpol menyeru agar dunia berhati-hati dengan organisasi penjenayah yang sedang mensasarkan menjual suntikan vaksin COVID-19 palsu.