JOHOR BAHRU: Pembukaan sempadan darat antara Malaysia-Singapura sejak 1 April lepas memberi kelegaan kepada banyak pihak khususnya peniaga barangan keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar bandar raya ini.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat peniaga tidak menang tangan melayan pelanggan tempatan dan warga Singapura yang mahu menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah selepas lebih dua tahun terkesan akibat pandemik COVID-19.
Peniaga biskut tradisional dan moden Mohd Naharudin Isa, 53, berkata beliau tidak menyangka gerai jualannya di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall di sini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.
"Saya sangka perniagaan tidak begitu rancak tetapi alhamdulillah apabila kerajaan benarkan sempadan negara dibuka, rakyat Singapura boleh masuk, sambutannya seperti sebelum wabak COVID-19," katanya kepada Bernama di sini.
Pemilik Nahar Power yang telah 20 tahun mengusahakan perniagaan itu berkata walaupun mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan, pihaknya berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Pemilik Su Home Bakers, Suhaiza Ibrahim, 45, turut menzahirkan kesyukuran apabila perniagaannya kembali pulih dan kini sibuk memenuhi permintaan pelanggan.
Beliau berkata pembukaan sempadan serta negara memasuki fasa peralihan ke endemik memberi sinar baharu buat peniaga sepertinya.
"Sebelum pandemik pelanggan kita dalam 80 peratus adalah warga Singapura. Kita alami kemerosotan yang teruk (semasa pandemik) dengan longgokan stok kuih yang tidak terjual," katanya yang menjual 50 jenis kuih raya.
Sementara itu, warga Singapura, Nur' Aida Purwantu Jame'at, 31, berkata pembukaan sempadan antara kedua-dua negara membolehkan beliau mencari barang keperluan untuk sambutan Aidilfitri di Johor Bahru yang menawarkan pelbagai pilihan.
"Sudah dua kali saya masuk (Malaysia) sejak sempadan dibuka untuk mencari kuih raya... ada juga kawan dan saudara mara kirim, jadi saya tolong belikan," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja. - Bernama
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Sertai Kempen Kasih Ramadan, Fizi Ali santuni golongan memerlukan buat persiapan Aidilfitri
Pelakon dan penyampai radio Fizi Ali teruja dapat meluangkan masa membantu mengagih keperluan hari raya Aidilfitri bersama golongan yang memerlukan pada tahun ini.
Elak guna kad kredit untuk buat persiapan raya - Perunding Kewangan
Perunding Kewangan Shamsuddin Kadir menasihatkan masyarakat menyenaraikan peruntukan mengikut kemampuan masing-masing terutama di musim perayaan.
Ini cara AEON pelihara tradisi kuih raya melalui NFT
Usaha yang dilaksanakan itu bagi memperluaskan bidang teknologi seperti NFT kepada orang ramai, sekali gus membantu artis tempatan.
Kuih raya sumber pendapatan sampingan, tak kisah bersengkang mata saban hari
Tak berseri rasanya meja makan kalau tiada kuih raya dan biasanya, Ramadan merupakan lubuk rezeki buat ramai orang, ada yang buat dan jual kuih raya sepenuh masa, ada pula separuh masa.
Rezeki Aidilfitri, tart Musang King dapat permintaan tinggi
Usahawan muda, Siti Khairunnisa Che Rahim tidak menyangka niatnya menukar inti biskut tart yang biasanya menggunakan nanas kepada durian Musang King mendapat permintaan tinggi.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Harga kuih raya naik namun tetap dapat sambutan
Pelanggan tetapnya masih menerima harga baharu yang naik sekitar RM2 ke RM4 bagi aneka jenis kuih yang dijual.
Suri rumah mengaku tidak bersalah kes tipu projek kuih raya
Tertuduh didakwa telah menipu dengan menawarkan pemberian modal permulaan perniagaan projek kuih raya kepada dua individu.
Dua tahun tak balik beraya, sayu, sebak semakin terasa tatkala Syawal menjelang
Mungkin ada yang tidak begitu terkesan tapi bagi sesetengah orang, pagi raya bersama ibu bapa adalah makna sebenar Hari Raya Aidilfitri.
"Anak muda di luar sana, jangan abaikan tanggungjawab untuk membantu ibu di dapur" - Syed Saddiq
Apa salahnya membantu kan...