KITA biasa melihat fenomena pelangi yang disebabkan oleh pantulan, biasan dan penyebaran cahaya dalam titisan air.

Pelangi yang biasa dilihat muncul hanya dalam tempoh beberapa minit.

Namun satu jalur pelangi yang muncul di Taipei, Taiwan pada Selasa lalu, mencatat rekod tersendiri apabila didakwa bertahan selama hampir sembilan jam.

Menurut kenyataan daripada Chinese Cultural University, Taipei, mereka akan menghantar bukti kewujudan pelangi itu untuk disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness.

Prof Chou Kun-hsuan, pensyarah Jabatan Sains Atmosfera di universiti berkenaan, rakaman menunjukkan pelangi itu bertahan selama lapan jam 58 minit, iaitu bermula jam 6.57 pagi sehingga 3.15 petang.


Jika disahkan, ia akan memecahkan rekod sebelum ini, di mana jalur pelangi muncul di Yorkshire, England, dan bertahan selama enam jam.

Kewujudan pelangi yang bertahan untuk tempoh yang lama di Taiwan dikatakan berpunca dari monsun bermusim yang memerangkap angin lembap, kekurangan angin kencang dan langit yang mendung, menurut laporan The Guardian.