Usia sama sekali tidak menjadi penghalang buat seorang warga emas berusia 90 tahun menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi.
Siapa sangka, Kirill Patrakhin tersenarai sebagai satu-satunya pelajar paling tua di Rusia yang mengambil Sarjana Muda di Fakulti Sains di Perm State University of Humanitarian Education, Rusia.
Mengikut undang-undang pendidikan di Rusia, warganegaranya diwajibkan mengambil ujian Peperiksaan Unified State, sekurang-kurangnya lulus bagi mendapatkan kemasukan ke universiti.
Patrakhin bukanlah tergolong atau dilahirkan dalam keluarga yang berada, wang simpanan dan imbuhan pencen yang dikumpul digunakan sepenuhnya untuk membiayai segala yuran berkaitan.
Sebagai permulaan, Patrakhin perlu membayar AS$600 untuk yuran semester pertamanya.
Mungkin rezeki dan tuah buat Patrakhin, pihak universiti berbesar hati mengecualikan yuran semester kedua buatnya.
Menurut Dekan Fakulti Sains Semulajadi, Galina Dubas tawaran diberikan kerana menyifatkan Patrakhin seorang luar biasa hebat selain gigih dan masih punya daya usaha untuk menambah ilmu pengetahuan ke tahap tertinggi.
Jelasnya, jika mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan fakulti terbabit, pelajar-pelajar perlu masuk ke hutan untuk membuat kajian secara terperinci.
Namun, atas alasan usia dan kesihatan Patrakhin, pihak fakulti dan universiti memberi kelonggaran dan pengecualian kepadanya.
Tambah Dubas, kesihatan Patrakhin menjadi tanggungjawab dan keutamaan buat fakulti dan universiti.
Seorang yang merendah diri, warga emas yang lahir sebelum perang dunia kedua itu hadir ke kelas setiap hari menggunakan tongkat.
Walaupun sudah menimba banyak pengalaman, dia mengakui subjek komputer merupakan silibus paling sukar buatnya.
Tetapi dia bersyukur kerana rakan sekelas yang kebanyakannya 70 tahun lebih muda darinya sanggup dan ringan tulang membantunya dalam apa kondisi sekalipun.
Jika tiada halangan lain, Patrakhin dijangka tamat pengajian pada usia 95 tahun.
Agensi
Sun Dec 17 2017
![Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513475228_PelajarTertua.jpg)
Siapa sangka, Kirill Patrakhin tersenarai sebagai satu-satunya pelajar paling tua di Rusia yang mengambil Sarjana Muda di Fakulti Sains di Perm State University of Humanitarian Education, Rusia.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631848287_TBRambutSihat.jpg)
Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.
![Rasa tidak bermaya dan lemau? Amalkan minum air jamu asam kunyit ini Rasa tidak bermaya dan lemau? Amalkan minum air jamu asam kunyit ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630891437_airjamuasamkunyit.jpg)
Rasa tidak bermaya dan lemau? Amalkan minum air jamu asam kunyit ini
Buat mereka yang menghadapi masalah badan lemau dan tidak bertenaga, kerap mengantuk, apa kata cuba petua mudah ini.
![Bangkai kapal lama timbul selepas banjir di Lipis dianggar berusia 200 tahun Bangkai kapal lama timbul selepas banjir di Lipis dianggar berusia 200 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610789109_Bangkaikapallama.jpg)
Bangkai kapal lama timbul selepas banjir di Lipis dianggar berusia 200 tahun
Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini pada dua hari lalu, dianggarkan dibina pada abad ke-18 dan 19.
![Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513475228_PelajarTertua.jpg)
Pelajar paling berusia di Rusia sambung pengajian peringkat ijazah
Usia sama sekali tidak menjadi penghalang buat seorang warga emas, 90 tahun menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi.
![Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371426046_295x200.jpg)
Kajian menyalahkan lelaki untuk menopaus
Lelaki yang memilih wanita lebih muda mungkin telah menyebabkan fenomena menopaus tehadap wanita, menurut satu kajian oleh penyelidik Kanada yang dikeluarkan minggu ini.
!['Saya Gemuk' bertukar kepada 'Saya Tua' 'Saya Gemuk' bertukar kepada 'Saya Tua'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361944444_295x200.jpg)
'Saya Gemuk' bertukar kepada 'Saya Tua'
Satu kajian baru mendapati bahawa semakin meningkat umur seorang wanita, dia lebih tidak selesa terhadap diri sendiri.