RAMBUT beruban, mungkin kita beranggapan akan ada pada orang berusia, sesuai dengan umurnya, dan tidak pada yang masih muda.
Jangan salah anggap, masalah rambut beruban bukan hanya pada mereka yang berusia tetapi boleh jadi pada kita yang masih muda.
Sampaikan ada orang berkata, kalau anak muda sudah mempunyai uban, itu tandanya uban penyakit. Sedangkan ia juga boleh terjadi kerana kita terlalu tertekan.
Ada orang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk merawat rambut beruban. Malah, ada juga yang biarkan sahaja, sampaikan ada yang berbunyi, rambut beruban sebelum usianya. Begitulah kehidupan.
Walau bagaimanapun, bagi anda yang mempunyai masalah rambut beruban, ada cara untuk merawatnya. dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan sahaja. Ikuti perkongsian ini.
Bila uban memenuhi kepala, jangan takut tetapi jadikan ia sebagai peringatan untuk tingkatkan amalan diri.
Pada dasarnya, masalah rambut beruban kini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, tetapi ia juga boleh dialami oleh remaja malah kanak-kanak.
Terlebih dahulu, ada baiknya anda mengetahui sebab-sebab masalah rambut beruban.
Di antaranya adalah kerana kekurangan gizi, sering bertukar-tukar minyak rambut, faktor genetik, serta stres dan tekanan yang melampau.
Oleh kerana faktor yang disebutkan itu, susunan rambut menjadi tidak sihat, tidak sempurna dan mempengaruhi pembentukan melanin atau pigmen rambut dan muncul uban pada rambut dan bertukarlah warna rambut daripada hitam ke warna putih.
Khasiat daun pokok rambutan
Daun pokok rambutan sangat mudah didapati terutama di kawasan yang mengalami iklim tropika khususnya Malaysia.
Ia memiliki bahan kimia seperti tannin, saponin, polifenol dan beberapa jenis hormon yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut.
Bahan kimia yang terdapat dalam daun pokok rambutan dipercayai dapat menghidupkan atau mendorong pembentukan melanin dan pigmen rambut.
Selain itu, ia juga dipercayai dapat mengembalikan warna rambut, membuat rambut tumbuh dengan subur serta mengurangkan masalah keguguran rambut.
Cara penyediaan:
1. Cara menyediakan daun pokok rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih.
2. Anda juga boleh menumbuk halus daun pokok rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air.
3. Setelah itu, perah daun pokok rambutan yang telah dikisar atau ditumbuk itu untuk mendapatkan air.
4. Kemudian usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih.
5. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih.
Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun pokok rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan.
Dengan itu, rambut beruban akan kelihatan menghitam tanpa penggunaan pewarna rambut sehingga anda dapat mengatasinya secara kekal dan mengembalikan keyakinan diri.
Adakah kaedah daun pokok rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya.
Mingguan Wanita : Ada pendapat mengatakan, rambut beruban itu jangan dicabut sebab nanti makin banyak. Betul ke?
Sumber: Akak Pesan
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Mingguan Wanita
Fri Sep 17 2021

Adakah kaedah daun pokok rambutan untuk mengatasi masalah rambut beruban adalah mitos semata-mata? Anda cuba sendiri dan lihat hasilnya. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Anda hadapi masalah rambut beruban? Ini petua guna daun pokok rambutan
Cara merawat masalah rambut beruban dengan hanya menggunakan daun pokok rambutan. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.