PETALING JAYA:
Dengan slogan “Natural Beauty, Innovative Technology,” Panasonic mempersembahkan inovasi berterusannya dalam menyerlah kecantikan semula jadi menerusi sains dan teknologi terkini serta komitmen dalam menjamin mutu dan keunggulan Jepun.

Seiring penjenamaan semula Panasonic Beauty, yang memberi tumpuan kepada penjagaan khusus rambut, kulit dan tubuh, Panasonic melancarkan pengering rambut terbaharu dengan penjagaan nano, EH-NA0J.

Teknologi unik nanoe™ MOISTURE+ menyerap lembapan dari udara untuk mencipta zarah halus berkelembapan tinggi, cukup halus untuk menembusi batang rambut.

Bersama teknologi Mineral yang memberikan 18 kali lebih kelembapan berbanding model-model penjagaan nano Panasonic yang terdahulu, Pengering Rambut EH-NA0J dapat menjadikan rambut lebih terurus, kurang kusut dan lebih bersinar.

“Ketika semua jenis rambut beroleh manfaat daripadanya, rambut yang kering, kusut dan diwarnakan akan melihat penambahbaikan paling ketara dengan teknologi nanoe Moisture+.

“Ciri inovatif dalam Pengering Rambut penjagaan nano EH-NA0J ini direka khas untuk menangani kekeringan, menawarkan penyelesaian untuk mereka yang mengalami keadaan rambut kering,” kata Pengurus Kanan Pemasaran Pekakas Panasonic Malaysia, Shinichi Tsuda.

Mod Penjagaan Kulit Kepala (Scalp Care Mode) menggunakan deruan angin lembut pada kepanasan rendah untuk pengeringan selesa dan berkesan, sementara Mod Penjagaan Hujung Rambut (Hair Tip care Mode) mengawal aliran udara untuk kemasan licin hingga ke hujung rambut.

Selain untuk rambut, Pengering Rambut EH-NA0J juga boleh digunakan dalam Mod Penjagaan Kulit (Skin Care Mode) untuk menggalakkan zarah wap bersaiz nano melembapkan wajah sambil mengeringkannya.

Pengering Rambut EH-NA0J sesuai untuk semua jenis rambut, lebih bermanfaat untuk rambut kering, kusut dan diwarnakan.

Pengering Rambut EH-NA0J turut hadir dengan pelbagai mod lain, termasuk Mod Selang-Seli Panas & Sejuk (Hot & Cold Alternating Mode) yang dengan lembut meregang dan melegakan rambut dengan udara panas, kemudian bertukar ke suhu udara yang lebih dingin untuk memastikan permukaan rambut kekal licin, memudahkan anda menggayakannya.

Sistem Pengesanan Pintar (Intelligent Sensing System) EH-NA0J sentiasa menghindar haba berlebihan dengan mengekalkan suhu terbaik untuk mengeringkan sambil memastikan kesihatan rambut anda daripada rosak -  - sesuai untuk semua jenis rambut, lebih ideal untuk mereka yang memiliki rambut tebal, kering, kusut, dan diwarnakan.

“Alami pengalaman 360 darjah untuk rambut yang lembut dan kekal lembap, kulit kepala sihat, serta kulit wajah berseri, menyerlahkan kecantikan secara keseluruhan.

“Ia satu pelaburan yang sangat berbaloi untuk diri anda, menawarkan pengalaman terunggul penjagaan rambut dengan Panasonic Beauty,” jelas Shinichi lagi.

Pengering Rambut EH-NA0J tampil dengan reka bentuk elegan dan mudah dikendali, memenangi anugerah iF DESIGN AWARD baru-baru ini.

Ia hadir bersama aksesori tambahan Muncung Pengeringan Pantas (Quick Dry Nozzle), Muncung Menggaya (Styling Nozzle) untuk penumpuan terhadap bahagian tertentu, Penyebar (Diffuser), juga Muncung Rangsangan Udara (Air Boost Nozzle) yang menumpukan aliran udara hingga ke akar rambut.

Alami sendiri keunggulan penyelesaian pengeringan rambut terbaharu oleh EH-NA0J dengan teknologi unik nanoe™ MOISTURE+ dan Mineral di acara ‘pop-up’ dari 30 April hingga 5 Mei 2024 di Oval Concourse, lantai LG Pusat Beli Belah One Utama.

Untuk maklumat lanjut, layari https://beauty.apac.panasonic.com/my/hair-dryer-eh-na0j.html atau ikuti Instagram Rasmi Panasonic Beauty.