Iklan Malaysia Truly Asia yang dikongsi di laman sosial awal Mac lalu, kini mengundang perhatian netizen selepas dikongsi oleh sebuah laman di Facebook.

Video iklan tersebut meraih hampir 200,000 tontonan selepas dikongsi di laman Better Nation Institute.

Iklan itu memaparkan dua kumpulan pelancong wanita yang berkunjung ke Malaysia -- remaja dan dewasa -- dan bertembung antara satu sama lain ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Rata-rata netizen menyifatkan iklan tidak tersebut tidak menggambarkan budaya Asia sebenar dan hanya menumpukan kepada gaya hidup mewah.




Namun pendapat ini dibidas oleh netizen lain yang meminta agar rakyat berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa iklan tersebut diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.

Netizen mempertahankan video tersebut sebagai memenuhi kehendak pasaran - Foto Facebook

Netizen mempertahankan iklan tersebut sebagai memenuhi kehendak pasaran - Foto Facebook

Ada juga netizen yang membandingkan iklan tersebut dengan satu lagi iklan Tourism Malaysia, Land of Memories yang dianggap lebih tepat mempamerkan nilai Asia malah memenangi tempat kedua Anugerah Multimedia Pelancongan Berlin 2016.

Menurut laman YouTube rasmi Tourism Malaysia, iklan tersebut merupakan iklan televisyen yang dirakam khas bagi pasaran pelancong di Asia Selatan.