Pengguna Apple di rantau ini akhirnya dapat menggunakan sistem operasi terbaharunya - iOS 9.

Walaupun terdapat gangguan awal ketika ia mula ditawarkan, namun ketika ini ramai sudah berjaya untuk memuat turun sistem operasi terbaharu itu untuk iPhone, iPad dan iPod Touch.

Netizen di rantau ini kongsi ulasan mereka tentang iOS 9, dan ia menjadi ‘trending topic’ di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

MALAYSIA

Pengguna Malaysia dibenarkan untuk memuat turun iOS 9 pada jam 1 pagi, hari Khamis.

Antara ciri yang mendapat pujian ada papan kekunci (keyboard) dan font yang baharu.



Netizen Pudin suka ciri Low-Power mode, yang dapat menjimatkan kuasa bateri.

Menurut laporan wired.com, ciri berkenaan akan tutup aplikasi yang menggunakan kuasa bateri yang banyak.

Namun, pengguna tidak boleh untuk memilih aplikasi yang mana akan ditutup.


Sementara itu, ada netizen tidak berpuas hati dengan ruang storan yang diperlukan untuk memuat turut sistem operasi ini.



SINGAPURA

Pengguna Singapura turut dapat memuat turun iOS 9 pada hari ini.

Ciri Low-Power Mode dan Split Screen untuk iPad mendapat pujian netizen.





Namun seperti pengguna yang lain dari seluruh dunia, ada juga netizen Singapura yang tidak berjaya atau mempunyai masalah ketika memuat turun iOS 9.



INDONESIA

Netizen Monica Winny sukakan ciri keselamatan baharu iOS9.

Sekarang, pengguna boleh memilih empat angka atau enam angka untuk ciri kata laluan (password).


Beliau juga menyukai Apple Wallet, namun ciri berkenaan tidak boleh digunakan di Indonesia.


Pengguna Indonesia yang lain kongsi pandangan mereka tentang iOS 9:




THAILAND

Pengguna Apple Thailand tidak terkecuali dalam kelompok yang mengalami masalah untuk memuat turut iOS 9 awal pagi tadi.





Mereka yang berjaya untuk memuat turut iOS 9 kongsi ulasan mereka:




Menurut Apple.com, banyak aplikasi yang sudah ditambah baik seperti Siri dan Notes.

Kepada pengguna iPad, mereka boleh menggunakan ciri multitasking dengan Slide Over, Split View dan Picture in Picture.