SEJUJURNYA memang sangat teruja selepas kita semua kini dibenarkan untuk melakukan aktiviti luar (outdoor).

Mana tidaknya, setelah sekian lama ‘berkurung’ di dalam rumah dan hanya boleh bersiar di ‘hutan besi’ metropolitan… akhirnya kini masa bersama mother nature!

Untuk artikel kali ini, kami akan cadangkan kepada anda beberapa peralatan yang perlu dipertimbangkan bagi melakukan aktiviti outdoor.

Kemas-kemas beg outdoor anda sekarang kerana… nature is calling baby!


Tongkat pelbagai fungsi (multipurpose pole) bagi aktiviti luar

Ringan dan tahan lasak, tongkat pelbagai fungsi ini sangat ideal untuk menjadi peralatan sokongan bagi aktiviti luar yang mencabar.

Hadir dengan enam peralatan berbeza termasuk hujung besi, pemutar skru, sudu garfu, pisau bergerigi dan wisel survival dan dua tiang tambahan.

Sama ada ketika anda melakukan aktiviti mendaki, cabaran larian mahupun denai kembara (hiking) ia sangat disarankan untuk dibawa bersama.

Tongkat pelbagai fungsi ini hadir dengan enam peralatan berbeza termasuk hujung besi, pemutar skru, sudu garfu, pisau bergerigi dan wisel survival dan dua tiang tambahan. (Dapatkan di sini)



Katleri gred aluminium ekstra ringan

AlphaLight 2PCS Cutlery ini mempunyai ketahanan yang lasak, ia dihasilkan daripada gabungan gred aluminium, namun dengan ciri kukuh.

Bahan aluminium tersebut turut menjadikannya lebih ringan. (Dapatkan di sini)

Tahan lasak dan dihasilkan daripada gabungan gred aluminium, ini peralatan yang wajib ada ketika aktiviti luar.

Jam pintar Haylou LS05 dengan sokongan teknologi solar

Bersama rekaan yang bergaya dan outstanding, jam pintar Haylou LS05 menghadirkan rasa lebih muda dan sporti kepada pemakai.

Paparan TFT yang dimuatkan dalam penciptaannya menyediakan kepada anda paparan monitor pelbagai warna, ia membolehkan pemakai melihat butiran meskipun dalam keadaan gelap.

Haylou LS05 turut dilengkapi dengan 12 mod kecergasan termasuk aktiviti luar seperti alpinisme.

Tali daripada bahan silikon menawarkan pengalaman yang lebih selesa selain boleh dilaras mengikut kesesuaian anda inginkan.

Haylou LS05 turut dilengkapi dengan 12 mod kecergasan termasuk aktiviti luar dan dalam seperti larian, berjalan, berbasikal, alpinisme, yoga, lompat tali, tenis, ragbi dan sebagainya. (Dapatkan di sini)


Tali penyangkut pakaian dan tali manik

Untuk percutian yang lebih rapi, tali penyangkut pakaian menjadikan kem anda kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Tali manik yang disediakan direka untuk mengekalkan kedudukan barangan yang digantung daripada terbang ketika ditiup angin.

Tali penyangkut ini akan menjadikan kem anda kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Manik tersebut turut mempunyai ciri refleksi dan kelihatan ketika waktu malam. (Dapatkan disini)


Lantera kecil bersama mod UV 360°

Disokongan dengan teknologi solar serta pengecasan menerusi USB, lantera bersaiz kecil ini mempunyai mod UV 360° yang turut bertindak menghalau nyamuk. Ia menjadikan pengalaman aktiviti outdoor yang lebih selesa.

Lantera bersaiz kecil ini mempunyai mod UV 360° yang turut bertindak menghalau nyamuk.

Lantera ini mampu menerangi sehingga 180 lumen dan sangat ideal sebagai penyelesaian aktiviti mencabar pada waktu malam. (Dapatkan di sini)


Batang penghapus nyamuk dan serangga dengan asas herba

Tidak hanya bertindak menghapuskan nyamuk dan serangga, repellant jenis ini turut melindungi orang yang anda sayang daripada bau toksik kerana penciptaannya berasaskan herba.

Meskipun ia bertindak sebagai repelan, batang penghapus nyamuk dan serangga ini mengeluarkan bau wangian bunga Osmanthus apabila dibakar.

Anda akan dapat merasakan bau wangian bunga Osmanthus apabila membakar batang repelan ini, yang mana kita tahu ia turut digunakan dalam perubatan herba tradisional. (Dapatkan di sini)

Meskipun ‘kebebasan’ kini diberikan kepada kita, selaku rakyat Malaysia yang prihatin segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan perlu sebaiknya dijaga.

Stay safe people!.