KALAU nak bercakap soal cantik, semua orang hendak jadi cantik.
Jadi tidak hairanlah jika ramai orang sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit idaman mereka.
Namun dalam membeli produk-produk kecantikan, adakah anda pasti produk yang dibeli itu selamat digunakan?
Menurut Doktor Perubatan Am (Estetik), Dr Muhammad Imran, ada produk pada masa kini yang menggunakan bahan-bahan terlarang untuk mempercepatkan proses kecantikan tersebut.
Bahan-bahan tersebut pula terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan terlarang dan bahan campur palsu.
"Bahan terlarang tu maksudnya yang tidak boleh langsung digunakan iaitu merkuri. Ia tak boleh langsung diletakkan dalam produk (kecantikan) kerana ia akan mendatangkan kesan sampingan kepada kulit.
"Yang kedua ialah bahan campur palsu, bahannya seperti hydroquinone, steroid dan tretinoin. Bahan-bahan ini termasuk dalam jadual racun berjadual dalam Akta Racun 1952," katanya.
Menurut Muhammad Imran, akan ada beberapa kesan sampingan terhadap pengguna jika produk ini tidak kena dengan kulit muka.
"Kalau kita gunakan, ia akan terus ada kesan seperti kemerahan, kegatalan, jerawat berpanjangan, atau kulit kering. Ini bermakna, produk tersebut tidak sesuai dengan kulit muka anda dan anda perlu ditukar," tambahnya.
Maka, kepada anda yang sering mengangankan kulit yang cantik, dan hendak membeli produk untuk tujuan itu, pastikan ia tidak mempunyai bahan-bahan terlarang seperti yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nanti cantik tak dapat, duit pun 'terbang' entah ke mana!
Asyraf Roslan
Sat Dec 19 2020
Adakah anda pasti produk yang dibeli itu selamat digunakan? - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Nak cantik? Kenal dahulu bahan yang digunakan dalam produk anda
Dalam membeli produk-produk kecantikan, adakah anda pasti produk yang dibeli itu selamat digunakan?
Tak perlu lagi beratur panjang, perbaharui lesen memandu secara dalam talian
Tapi tahukah anda, urusan menghidupkan lesen memandu kenderaan... kini lebih mudah selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan, bahawa urusan itu boleh dilakukan secara dalam talian!
Derhaka Mertua, Kucing Galak? Apa itu?
Akar Cerita, Gandarusa, Jarum Tujuh Bilah, Kucing Galak, Mahkota Dewa, Sambung Nyawa dan Derhaka Mertua.