HEPATITIS merupakan keradangan hati yang boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk virus hepatitis, namun faktor jangkitan lain, pengambilan ubat-ubatan, toksin, penyakit hati berlemak atau penyakit autoimun juga boleh menjadi punca hepatitis.
Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) Dr Ong Sik Yong berkata, terdapat lima jenis utama virus hepatitis iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E.
"Kesemua virus hepatitis ini boleh menyebabkan hepatitis tetapi cara transmisi adalah berbeza, sekali gus membezakan kaedah pencegahannya," katanya sambil menambah bahawa kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dijangkiti virus itu.
"Selalunya, rawatan pada kanak-kanak akan tertumpu kepada menyokong keadaan umum pesakit untuk mengembalikan semula kesihatan mereka. Selain itu, ubat-ubatan atau toksin yang dikenal pasti sebagai punca keradangan hati akan diberhentikan serta-merta," katanya.
Dr Ong berkata dalam kebanyakan kes hepatitis akut, keadaan pesakit boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan sewajarnya, namun dalam keadaan jarang, penyakit ini boleh mengakibatkan kegagalan hati akut yang boleh mengancam nyawa dalam tempoh singkat.
Beliau berkata Hepatitis A tidak menyebabkan penyakit hati kronik, namun, Hepatitis B dan C boleh menyebabkan jangkitan kronik dan pesakit yang dijangkiti mungkin berisiko maut akibat sirosis hati dan kanser hati.
"Kanak-kanak menghidapi hepatitis memerlukan pemeriksaan perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit sebelum rawatan khusus boleh diberikan. Terdapat juga penyakit hati kronik tertentu seperti hepatitis autoimun, terdapat ubat-ubatan tertentu yang boleh digunakan untuk mengawal sistem imun terlalu aktif, sekali gus menghalang serangan pada hati," katanya.
Katanya, bagi hepatitis akut, jangkitan virus boleh menyebabkan keradangan hati yang menyaksikan kanak-kanak mengalami gejala seperti jaundis (kulit dan mata menjadi kekuningan), air kencing berwarna gelap, keletihan melampau, loya, muntah, sakit perut, gejala seperti demam atau hilang selera makan.
Sementara itu, beliau berkata bagi hepatitis kronik yang berpunca daripada jangkitan virus hepatitis seperti Hepatitis B atau C, penyakit hati berlemak, ubat-ubatan atau penyakit autoimun, pesakit selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala, oleh itu, penyakit itu hanya ditemukan pada peringkat awal dan kadang-kadang secara kebetulan melalui pemeriksaan fizikal atau ujian darah untuk penyakit lain.
"Disebabkan itu, pesakit yang mengalami jangkitan kronik mempunyai risiko kematian akibat sirosis hati (parut atau fibrosis pada hati disebabkan oleh kerosakan hati jangka panjang) dan kanser hati," katanya.
Dr Ong berkata banyak cara virus hepatitis boleh tersebar, contohnya, Hepatitis A dan E biasanya disebarkan apabila kanak-kanak makan atau minum makanan atau minuman yang tercemar oleh najis individu dijangkiti Hepatitis A.
"Hepatitis B, C dan D pula boleh berjangkit melalui laluan parenteral iaitu pendedahan kepada darah, air mani atau cecair badan yang lain. Virus ini paling kerap berjangkit daripada ibu kepada anak semasa kelahiran, peringkat awal kanak-kanak, serta melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan lain semasa hubungan seks dengan pasangan yang dijangkiti, suntikan tidak selamat atau pendedahan kepada benda tajam," katanya.
Bagaimanapun, dengan kemajuan perubatan, penyakit virus hepatitis boleh dicegah dengan mengambil vaksinasi terutamanya virus Hepatitis A dan B, dan di Malaysia, program vaksinasi Hepatitis B untuk kanak-kanak telah diperkenalkan pada 1989 dan berjaya mengurangkan seroprevalens jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia kepada 0.01 peratus.
"Semua bayi baru lahir disyorkan untuk menerima vaksinasi Hepatitis B yang pertama sejurus selepas dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran. Mereka juga perlu menerima dua dos penggalak vaksin untuk dilengkapkan sebelum berusia enam bulan," katanya.
Bagi ibu hamil yang merupakan pembawa Hepatitis B, beliau berkata pengambilan ubat antiviral semasa kehamilan disyorkan untuk mencegah transmisi daripada ibu kepada anak manakala vaksin Hepatitis A pula biasanya diberikan daripada usia setahun ke atas dan dos kedua diberikan sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos pertama.
Buat masa ini, masih tiada vaksin untuk mencegah jangkitan Hepatitis C, D dan E dan Dr Ong menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menggunakan ubat-ubatan atau suplemen yang tidak diketahui tahap keselamatannya, mengambil ubat tidak disyorkan oleh doktor serta mengambil ubat belian kaunter secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kecederaan hati.
-- BERNAMA / Lucia Terey Anak John
Bernama
Mon Sep 04 2023
![Memahami hepatitis pada kanak-kanak Memahami hepatitis pada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644572365_PICKidsGeneric.jpg)
Kesemua virus hepatitis boleh menyebabkan hepatitis tetapi cara transmisi adalah berbeza, sekali gus membezakan kaedah pencegahannya. - Gambar hiasan
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Memahami hepatitis pada kanak-kanak Memahami hepatitis pada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644572365_PICKidsGeneric.jpg)
Memahami hepatitis pada kanak-kanak
Kesemua virus hepatitis boleh menyebabkan hepatitis tetapi cara transmisi adalah berbeza, sekali gus membezakan kaedah pencegahannya.
![Hepatitis: Risiko kepada kanak-kanak Hepatitis: Risiko kepada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659711761_TBKIDSHEPA.jpg)
Hepatitis: Risiko kepada kanak-kanak
Sejak April 2022, lebih 1,000 kanak-kanak di 35 negara disahkan menghidap hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya.
![Ibu bapa, tolong awasi anak anda! Ini 4 penyakit paling banyak menjangkiti kanak-kanak ketika ini Ibu bapa, tolong awasi anak anda! Ini 4 penyakit paling banyak menjangkiti kanak-kanak ketika ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51588894614_kawasakisyndrome.jpg)
Ibu bapa, tolong awasi anak anda! Ini 4 penyakit paling banyak menjangkiti kanak-kanak ketika ini
Golongan kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko tinggi mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.
![Hepatitis: WHO kaji kemungkinan kaitan COVID-19 Hepatitis: WHO kaji kemungkinan kaitan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626142016_WHO.jpg)
Hepatitis: WHO kaji kemungkinan kaitan COVID-19
Kes tersebut dilaporkan di 20 negara dengan tambahan 70 kes dari 13 lagi negara yang masih belum mengesahkan keputusan ujian.
![Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562864162_lelakihidup.jpg)
Remaja disahkan mati, menangis saat mahu dikebumi
Seorang remaja dari India yang diisytihar mati otak oleh doktor hidup kembali saat ahli keluarga membuat persiapan untuk pengebumiannya.
![Penggunaan pendakap gigi palsu undang penyakit berbahaya Penggunaan pendakap gigi palsu undang penyakit berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61507630475_Braces.jpg)
Penggunaan pendakap gigi palsu undang penyakit berbahaya
Penggunaan pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak bertauliah boleh mengundang pelbagai jenis risiko dan penyakit berbahaya seperti tibi.
![Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466640833_DatukDrNoorHisham.jpg)
Rakyat Malaysia digesa sertai kumpulan sokongan hepatitis
kadar jangkitan Hepatitis C meningkat daripada 3.71 peratus pada 2009 kepada 8.57 peratus tahun lalu.