Penggunaan pendakap gigi yang palsu atau pemasangan pendakap gigi oleh individu yang tidak bertauliah boleh mengundang pelbagai jenis risiko dan penyakit berbahaya seperti tibi.
Timbalan Presiden Persatuan Pergigian Islam Malaysia (IDAM) Dr Abu Razali Saini berkata yang menjadi kebimbangan adalah kepentingan kesihatan mangsa yang mendapat perkhidmatan seperti itu terutamanya isu jangkitan silang yang disebabkan oleh penggunaan peralatan dan persekitaran yang tidak bersih sehingga boleh menyebabkan jangkitan.
"Selain tibi, hepatitis juga boleh berjangkit menerusi air liur. Penyakit ini serius dan tidak boleh dibawa main," katanya kepada Bernama selepas temu bual dalam program Nine11, di saluran televisyen Bernama News Channel hari ini.
Beliau yang telah berkhidmat sebagai doktor gigi selama 20 tahun berkata prosedur operasi standard di klinik pergigian kerajaan dan swasta amat ketat dan perlu dipatuhi pemilik klinik bagi mengelakkan jangkitan silang ini daripada berlaku.
"Klinik pergigian di negara dikawal selia dan dipantau oleh agensi seperti Unit Kawalan Amalan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak berlakunya penyebaran penyakit, ia lebih selamat berbanding rawatan yang dibuat sendiri atau individu tidak bertauliah," katanya yang juga Presiden Dentistry For the Needy (DFTN).
Dr Abu Razali berkata sehubungan itu, semua mangsa yang pernah mengggunakan pendakap gigi palsu atau mendapatkan perkhidmatan daripada mereka yang tidak bertauliah digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan dan komplikasi penyakit.
Sementara itu, Setiausaha DFTN Dr Nor Azura Ahmad Tarmidzi berkata pemasangan pendakap gigi bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan tidak boleh dilakukan sembarangan malah ia boleh mendatangkan kesan buruk antaranya kehilangan gigi akibat terputusnya pengaliran darah ke gigi, sekiranya tidak dilakukan dengan betul
Dr Nor Azura menambah jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan termasuk klinik pergigian di institut pengajian tinggi untuk memperbetulkan semula gigi mereka juga semakin meningkat sejak tahun lepas.
"Kesedaran masyarakat mengenai bahayanya pendakap gigi (yang) palsu ini semakin meningkat. Seterusnya badan bukan kerajaan (NGO), agensi penguatkuasaan dan masyarakat perlu untuk terus memberikan kesedaran mengenai pendakap gigi palsu ini," katanya.
Mengulas mengenai IDAM, Dr Abu Razali berkata IDAM adalah sebuah NGO yang membantu memberikan pemeriksaan dan rawatan pergigian percuma kepada mereka yang memerlukan.
"Sasaran kita adalah golongan gelandangan, pelarian seperti Rohingya, rumah orang tua dan anak yatim serta Orang Asli. Kita ada banyak program yang turut melibatkan NGO lain. Kita beri pemeriksaan pergigian, khidmat nasihat, pembersihan karang dan plak gigi termasuk gigi palsu," katanya.
Katanya penyertaan sebagai sukarelawan dibuka kepada semua yang terlibat dalam bidang pergigian termasuk orang awam untuk bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.
"Kepada yang berminat boleh layari laman web kami di www.idam.my dan kami juga mengalu-alukan sumbangan dana orang ramai untuk menyumbang kepada aktiviti ini (CIMB: 8602887467, Persatuan Pergigian Islam Malaysia)," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017

Perkhidmatan memasang pendakap gigi perlu dilakukan oleh doktor gigi yang profesional dan bertauliah. - Gambar fail

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Padah cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor dihukum penjara 20 tahun
Lookhart turut disabitkan atas 46 tuduhan kesalahan pelanggaran pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.

Doktor gigi berjaya ketepi keputusan Majlis Pergigian Malaysia
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof meluluskan rayuan dengan alasan wujud unsur pertimbangan berat sebelah dalam kes berkenaan.