KUALA LUMPUR: McDonald’s Prosperity Burger kembali lagi, dan kali ini burger ikonik buatan Malaysia itu meraikan 30 tahun kewujudannya.

Sejak kali pertama diperkenalkan pada 1994, Prosperity Burger tidak hanya menjadi sebuah menu yang dinanti-nanti setiap kali tiba musim perayaan, tetapi juga simbol kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia.

Bersempena dengan itu, McDonald’s Malaysia memperkenalkan kempen dengan tema ‘ProsperityKu’, menerusi sebuah filem pendek yang menyorot bagaimana menu kegemaran ramai ini menyatukan Malaysia merentas segala perbezaan, dan mengingatkan semua tentang kebahagiaan, kehangatan dan perhubungan yang memberi definasi kemakmuran.

Kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai, Prosperity Burger adalah antara ciptaan kebanggaan mereka yang kini dinikmati di serata rantau ini, dan ianya lebih daripada sekadar sebiji burger.

“Kempen tahun ini istimewa kerana ia tentang menghargai 30 tahun yang telah kita kongsi dengan rakyat Malaysia melalui Prosperity Burger, meraikan tradisi yang melampaui makanan untuk mencipta saat-saat kegembiraan, hubungan, dan komuniti.

“Di McDonald’s, peranan kami lebih daripada sekadar menyajikan makanan; tetapi juga memberi makna dalam kehidupan semua rakyat Malaysia, menjangkau komuniti dari semua latar belakang, dan mencipta inisiatif yang meraikan kisah unik mereka.”

Prosperity Burger, sebuah menu yang lebih daripada sekadar makanan.

Dalam majlis ProsperityKu yang berlangsung di McDonald’s cawangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang berlangsung pada Isnin, Melati juga menegaskan bahawa tema ‘ProsperityKu’ adalah berdasarkan idea kebersamaan dan mengenang apa yang benar-benar penting dalam hidup, iaitu hubungan kita dan kenangan yang dikongsi.

“Perkataan 'Ku' menambah sentuhan peribadi, mengingatkan kita bahawa kemakmuran bukan sesuatu yang kita alami secara individu tetapi juga dikongsi secara bersama.”

“Bagi kami di McDonald’s, kemakmuran tidak hanya tentang kekayaan wang dan harta benda, tetapi tentang orang di sekeliling kita - sahabat handai, keluarga, dan komuniti yang menjadikan hidup ini bermakna.”

Melalui tema ini, McDonald’s Malaysia berharap dapat meraikan ikatan yang menghubungkan kita semua sambil meneruskan usaha mereka untuk menyokong komuniti dan usaha amal di bawah Program Komuniti @ McDonald’s & RMHC.

Gimik pengenalan kempen 'ProsperityKu' dengan kolaborasi bersama Grab di persimpangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Prosperity Burger kembali terjual di semua cawangan McDonald’s seluruh Malaysia bermula sekarang, dan ia sudah mula dinikmati secara eksklusif menerusi pesanan di GrabFood dari 29 November hingga 1 Disember tempoh hari.

Kolaborasi istimewa ini menggariskan penghargaan McDonald’s terhadap kerjasama berterusan GrabFood, yang ditampilkan menerusi sebuah gimik perarakan 30 kenderaan ‘e-hailing’ Grab untuk membangkitkan keterujaan kepada kehadiran semula Prosperity Burger.

Tonton filem pendek ‘ProsperityKU’ dan kenang memori indah bersama Prosperity Burger di Youtube McDonald’s Malaysia:



McDonald’s Malaysia: Perkenal kempen ‘ProsperityKu’, rai 30 tahun Prosperity Burger