Saban tahun peminat pertandingan ratu cantik seluruh dunia menanti wajah-wajah baharu yang bakal mewakili setiap negara untuk ke pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Paling mendapat perhatian semestinya Miss World dan Miss Universe.
Untuk itu, Malaysia juga tidak pernah ketinggalan menghantar wakil untuk ke pertandingan-pertandingan kecantikan seperti ini.
Edisi 2018 menyaksikan Miss World Malaysia berada di bawah pengurusan yang baharu iaitu Creative Teamlab yang bekerjasama dengan Fantastic Globe dan buat julung kalinya Miss World Malaysia 2018 akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 8 September (Sabtu).
Antara lain yang bakal menjadi perhatian, siapakah gadis bertuah yang bakal dimahkotakan dengan gelaran Miss World Malaysia 2018 dan menggayakan mahkota berharga RM4 juta ringgit.
Penganjuran kali ini juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kami di Sarawak berbangga untuk menjadi tuan rumah bagi acara ini, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur awal bulan lalu.
“Dengan memberi sokongan kepada acara ini, Sarawak akan lebih dikenali sebagai sebuah negeri yang sarat dengan keunikan, kesenian dan kebudayaan di seluruh dunia dan kami tidak sabar untuk membawa peserta Miss World Malaysia menyaksikan sendiri kepelbagaian ini’, tambahnya.
Berbekalkan moto Beauty with a purpose, seramai 70 peserta berdaftar untuk melayakkan diri ke pentas akhir di mana hanya 12 peserta akan dipilih untuk meneruskan saingan bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2018.
Menurut pengarah Miss World Malaysia, Sean Wong, pemenang akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria utama yang ditetapkan dan wanita tersebut seterusnya akan menjalani latihan sebelum mewakili negara ke pentas Miss World 2018 yang bakal diadakan di Sanya, China.
"Adalah penting untuk memilih pemenang yang berkualiti yang akan mewakili negara di pentas antarabangsa dan kami berharap agar pemenang yang dipilih pada kali ini akan mampu memberi saingan yang baik kepada peserta lain dari seluruh dunia," tambahnya.
Pencapaian tertinggi peserta Malaysia setakat ini adalah menerusi Lina Teoh yang berjaya mendapat tempat ketiga di Miss World 1998 dan Dewi Liana Seriestha yang dinobatkan sebagai Miss World Talent pada 2014 di London.
Syafik Shukri Jalil
Thu Sep 06 2018
Mahkota bernilai RM4 juta ini bakal dimahkotakan kepada wanita yang bukan sahaja cantik, malah memiliki pakej lengkap yang melambangkan moto 'Beauty with a Purpose'. -Astro AWANI/Syaf Syukri
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
Xiaohongshu dinilai US$17 bilion, platform sosial China paling pantas berkembang
Ia menawarkan bentuk paparan grid dan mengabungkan perkongsian gambar dan video.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin
Presiden China, Xi Jinping menyeru negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) berwaspada terhadap ancaman yang berbaur Perang Dingin.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT
Aplikasi SuperApp menyediakan berbagai layanan dalam satu platform, dijangka dilancarkan tahun depan.
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.