MALAYSIA sememangnya sebuah negara aman yang kaya dengan pelbagai makanan lazat, apatah lagi di bulan Ramadan.
Dan mungkin kerana kemewahan itu, kita terlupa untuk menghargai nikmat makanan, sehingga ada yang tanpa rasa bersalah membuang sahaja juadah yang tidak habis dimakan ketika berbuka.
Bagi mereka yang cenderung mengamalkan tabiat yang tidak baik ini, foto-foto yang dikongsi seorang pengguna Facebook dengan nama Ya Muhammad ini mungkin boleh menjadi sesuatu untuk direnungkan.
Muhammad yang merupakan seorang sukarelawan, berkongsi beberapa keping gambar anak-anak pelarian Syria di sempadan Turki-Syria, ketika sesi pengagihan makanan dan juadah berbuka.
Seorang kanak-kanak perempuan, yang dianggarkan berusia empat tahun, tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat abangnya membawa sepinggan makanan lazat untuk dinikmati mereka.
Hal itu, kata Muhammad, mungkin kerana sudah lama tidak dihidangkan dengan juadah semewah itu buat mengisi perut yang kosong.
Secara tidak langsung ia gambaran rasa syukur yang tidak terhingga mereka akan nikmat yang dikecapi.
"Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka.
"Maafkan kami, adik. Kami di Malaysia terlalu selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar," tulis Muhammad.
Madiha Abdullah
Fri Jun 16 2017
Seorang kanak-kanak perempuan tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila melihat abangnya membawa sepinggan makanan lazat untuk dinikmati mereka.FOTO/Facebook Ya Muhammad
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
Perut meragam selepas berbuka? Doktor ini kongsi 7 tip elak keracunan makanan
Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.
Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.
PKP: Jangan bawa anak keluar beli juadah buka puasa - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata pihaknya mengesan ada penjaga yang melakukan perkara demikian di sepanjang bulan Ramadan ini.
Kemeja batik pembuka selera: Ismail Sabri terhibur kreativiti warganet
Menteri tersebut gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Normal baharu: Pelajar jual juadah berbuka dari rumah ke rumah tambah pendapatan
Pelajar Polimas Jitra, Hafiylutfi Mahadzir, 20, bertekad untuk berniaga makanan dari rumah ke rumah sepanjang Ramadan untuk mencari duit raya.
E-Kitchen Selangor: Tempah juadah berbuka awal, elak pembaziran - MB Selangor
Bagi penjaja dan peniaga yang ingin menyertai program e-Kitchen itu, Amirudin berkata, mereka boleh mendaftar di portal Hijrah Selangor.
Air katira, satar, puding raja antara juadah berbuka Agong, Permaisuri
Baginda dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan mencemar duli untuk berbuka puasa bersama rakyat Pahang di Padang MPK di sini, berangkat tiba di bazar itu pada 6.50 petang.
Keropok lekor 'gasi' tarikan Bazar Ramadan Batu Buruk
Jika keropok lekor saiz biasa tidak mencukupi, bagaimana pula dengan keropok lekor gergasi yang seberat 600 gram sebatang.
'Maaf adik, kami di Malaysia terlalu selesa sehingga tidak fikir kamu kelaparan'
Muhammad yang merupakan seorang sukarelawan berkongsi beberapa keping gambar anak-anak pelarian Syria di sempadan Turki-Syria ketika sesi pengagihan makanan dan juadah berbuka.
Sederhana, jangan bazir makanan semasa Ramadan - Najib
Najib mengingatkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir makanan dalam bulan Ramadan ini.