IKON kebanggaan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) akhirnya tumbang menyembah bumi.

Pokok berusia puluhan tahun itu, yang sekian lama menjadi simbol ikonik bagi warga UPM, kini tiada lagi.

Rata-rata ramai dalam kalangan alumni UPM, pelajar mahupun pensyarah, menyuarakan kekecewaan terhadap perkembangan terbaru itu.







“Pokok tu nazak dah. Kalau perasan, dulu daun dia lebat, tapi sekarang daun pun dah kurang. Yang terbaru jadi macam ni sebab pokok tu reput kat tengah-tengah.

"Kelmarin dia tumbang sendiri,” tulis Ahmad alMeseiry pada satu entri di Twitter pada Ahad.


Pokok tersebut pernah dijadikan simbol kepada sebuah filem tempatan yang digilai ramai, 'Lagenda Budak Setan', lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Ia juga pernah digunakan sebagai latar belakang tempat rakaman muzik video 'Dipenjara Janji' nyanyian Awie.





Lakaran gambar pokok legenda yang tersergam indah itu juga diabadikan pada sebuah badan pesawat AirAsia yang menjalinkan kerjasama dengan UPM pada 12 September, 2017.