AirAsia menasihatkan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sempena tempoh cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, supaya berlepas awal ke lapangan terbang bagi mengelak terlepas penerbangan.
Dalam satu kenyataan, Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan dan menyelesaikan semua urusan penerbangan masing-masing bagi mengelak terlepas penerbangan akibat kesesakan.
Penumpang dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pemeriksaan masuk layan diri menerusi web atau telefon mudah alih, 14 hari sebelum berlepas dan sehingga sejam sebelum masa penerbangan (bagi penerbangan AirAsia AK/FD/QZ/PQ), kata AirAsia.
Bagi penerbangan AirAsia X (D7), pemeriksaan masuk layan diri boleh dilakukan 14 hari sebelum berlepas hingga 4 jam sebelum jadual pelepasan, kata AirAsia.
Penumpang bagi penerbangan antarabangsa perlu terus memasuki kawasan pemeriksaan imigresen walaupun pemeriksaan masuk layan diri dan bagasi sudah dilakukan.
Syarikat itu juga berkata penumpang yang tidak boleh banyak bergerak dan berkeperluan khas, hanya dibenarkan memeriksa masuk di kaunter.
Pemeriksaan masuk juga diperlukan untuk tempahan kumpulan 10 atau lebih menggunakan nombor tempahan penerbangan yang sama (PNR), katanya.
Bernama
Tue Jul 30 2013


Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
AirAsia bagaimanapun akan menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja terjejas.

Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.

Malaysia kekurangan pusat jagaan kanak-kanak - TPM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.

Mobile Legends: AirAsia Saiyan mahu bertemu MyA sekali lagi untuk tebus kesilapan
Pemain AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali yang senang dikenali sebagai Fredo berkata kesilapan itu berlaku berikutan masalah teknikal komunikasi ketika kedua-dua pasukan berperang di kawasan Lord.

Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.

AirAsia nasihat penumpang tiba awal di lapangan terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina
AirAsia dan AirAsia X meminta semua penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan

Briyani ayam masala mentega, muruku hidangan dalam penerbangan AirAsia sempena Deepavali
Briyani Ayam Masala Mentega akan menjadi satu daripada hidangan baharu dalam menu penerbangan AirAsia selain Muruku, snek kegemaran rakyat Malaysia yang ditawarkan sempena sambutan Deepavali.

MAHB patut bertanggungjawab insiden KLIA2 menakung air - Tony Fernandes
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini meluahkan rasa kekecewaannya berikutan keadaan KLIA2 yang ditenggelami air.

'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.

Tiba awal di lapangan terbang semasa Hari Raya, kata AirAsia
Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan.