KANSER prostat merupakan antara kanser pembunuh utama dalam kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.

Punca sebenar bagaimana kanser berlaku masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan saintis walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi puncanya.

Salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada kanser prostat adalah jenis makanan yang dimakan.

Kanser prostat juga dipercayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab kanser prostat.

Memetik dari laporal healthline.com, di bawah beberapa jenis makanan yang perlu anda kawal pengambilannya.


DAGING MERAH DAN DAGING PROSES

Amalan diet harian yang tinggi dengan pengambilan daging merah terutamanya yang dimasak lama boleh menjadi penyebab peningkatan risiko penyakit kanser prostat.

Ia berikutan kandungan heterosilik amino (HCA) yang bpleh menjadi pencetus kepada perkembangan sel kanser. HCA juga telah dikaitkan sebagai faktor menyebabkan berkembangnya beberapa jenis kanser.

Ia merupakan entiti yang terhasil apabila daging merah dimasak dalam suhu tang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan bahawa pengambilan daging merah dan daging proses mungkin menjadi penyebab bertambahnya risiko kanser prostat.


PRODUK TENUSU

Pengambilan prosuk tenusu yang banyak juga boleh meningkatkan terhadap risiko terjadinya kaser prostat.

Menurut sebuah jurnal dan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Nutrition mendapati jika seseorang mengambil produk tenusu setiap hari, ia boleh mencetus kepada perkembangan kanser prostat.

Susu skim dan rendah lemak juga boleh menjadi punca kepada risiko tahap rendah kanser tersebut. Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan produk ternusu.

Jika boleh, pilih susu daripada jenis rendah lemak atau bebas lemak.


LEMAK TEPU

Berikut adalah jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak tepu ini bukan sahaja meningkatkan risiko kanser prostat malah ia juga tidak elok untuk keishatan jantung.

Terdapat kajian mendapati ia boleh menjadi ‘pencetus’ kepada kanser jenis ini walaupun kajian tersebut tidaklah menyeluruh.

Namun jika boleh, kawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dalam menu harian anda.

Di antara makanan yang dikenali mengandungi lemak tepu adalah daging, produk tenusu, 'salad dressing', makanan yang dibakar dan makanan yang diproses.

Sebaliknya selang-selikan diet anda dengan makanan sihat yang monosaturated dan polyunsaturated seperti ikan, avokado, kekeacang, minyak zaitun dan bjirin.

Segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa simptom merisaukan seperti berikut:

* Artikel asal disiarkan di Maskulin.