KUALA LUMPUR:Sempena kempen Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki yang disambut setiap November, Datuk Seri Nazir Razak sedia berkongsi tentang pertarungannya setelah berjaya pulih daripada kanser prostat.
Nazir, selaku pemegang amanah Tabung Amanah Kanser Urologi Universiti Malaya (UM) yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman bersama menggerakkan kempen #onlymencan di seluruh negara.
Memetik laporan akhbar The Star, beliau dilaporkan menerima diagnosis kanser prostat pada Oktober 2018 selepas melakukan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan insurans.
“Saya berfikir panjang untuk membincangkan pengalaman saya secara terbuka. Saya akhirnya memutuskan bahawa saya harus melakukannya.
“Saya berpandangan langkah ini akan mendorong orang lain untuk turut ikut dengan harapan topik ini tidak lagi menjadi tabu,” kata Nazir dalam laporan akhbar itu.
“Ujian darah saya menunjukkan antigen spesifik prostat (PSA) saya tinggi, jadi doktor berasa khuatir dan menghantar saya untuk Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang menujukkan gambar beberapa tumor," jelas beliau.
Katanya, ujian terakhir mengesahkan terdapat kanser, namun tidak merebak di luar prostat.
Bagaimanapun, hasil biopsi itu juga menunjukkan bahawa skor Gleason peringkat kanser prostat mendapati kanser itu agresif dan berkemungkinan merebak dengan cepat.
“Apabila diberitahu bahawa saya mungkin menghidap kanser berdasarkan PSA dan MRI, itu satu kejutan besar, terutama apabila saya berasa sihat.
“Namun, saya segera membaca dan mendapati kemungkinan untuk mengatasinya masih tinggi, asalkan ia tidak merebak,” tambah Nazir.
Tegas beliau, stigma terhadap kanser prostat perlu diatasi supaya lebih ramai orang, terutama dalam kalangan orang Melayu boleh bercakap secara lebih terbuka berhubung sebarang masalah berkaitan dengan fungsi seksual.
Di Malaysia, lebih 60 peratus kes kanser prostat dikesan pada tahap akhir, berbanding sekitar 20 peratus di Amerika Syarikat dan 25 peratus di Singapura.
Astro Awani
Sun Nov 01 2020
![Nazir Razak kongsi pengalaman lawan kanser prostat Nazir Razak kongsi pengalaman lawan kanser prostat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604208616_NazirRazak.jpg)
Nazir Razak merupakan salah seorang peneraju kempen #onlymencan yang digerakkan sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki yang disambut pada November setiap tahun. Foto - Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636510381_NazirRazak.jpg)
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
!['Takdir mempertemukan kami semula... - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati 'Takdir mempertemukan kami semula... - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700283615_tbNikah.jpg)
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
![Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700195213_TBNazirRazakjpg.jpg)
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
![Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682419242_NazirRazak.jpg)
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
![Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607493303_DsNazirRazak.jpg)
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
![Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635664166_NazirRazak.jpg)
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
![Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669034451_NAJIB.jpg)
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
![Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666495747_OneChefThief.jpg)
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
![MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654529064_MujibuAbdulMuis.jpg)
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
![Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654478985_CadangantiruHong.jpg)
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.