REMBAU: Faktor segan dan tidak biasa dengan saringan kanser prostat dan payudara yang memerlukan prosedur sentuhan merupakan antara alasan ramai enggan menjalani saringan kesihatan berkenaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat kecenderungan dalam kalangan rakyat yang hanya akan menjalani pemeriksaan di klinik selepas dikesan mempunyai penyakit dan mentaliti itu perlulah diubah.
"Apabila diterangkan bahawa saringan itu memerlukan sentuhan pada tubuh badan dan tempat tertentu, mereka tak beri kebenaran terutama dalam kalangan individu yang agak berumur, sedangkan kita tahu kanser prostat dan payudara antara paling tinggi di Malaysia.
"Justeru, kita perlu beri penekanan dan fikir bagaimana untuk meyakinkan pesakit agar bagi kebenaran (saringan) dan untuk mengatasi itu sensitiviti itu selain meningkatkan kesedaran melakukan saringan kesihatan," katanya selepas menghadiri program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata secara keseluruhan terdapat hampir enam juta rakyat Malaysia layak menerima manfaat di bawah program PeKa B40 dan daripada jumlah itu, hanya 620,000 individu disaring sejak 2019.
Di Negeri Sembilan pula, Khairy berkata sejak ia mula dilancarkan pada April 2019 hingga 20 Jun lepas, seramai 245,601 individu layak mendapatkan saringan kesihatan percuma di bawah program itu, namun hanya 35,893 individu (14.6 peratus) berbuat demikian.
"Faktor utama kita adakan program hari ini, selaras dengan sasaran ProtectHealth bagi menyaring seramai 8,094 rakyat negeri ini pada tahun ini...saya juga minta program outreach ini ditingkatkan supaya akses kesihatan dilaksanakan dengan lebih mudah tanpa mereka perlu ke klinik atau hospital," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada individu yang layak menerima manfaat daripada program itu agar mengunjungi klinik berdekatan yang berdaftar dengan ProtectHealth bagi menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.
Beliau berkata KKM juga akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) pada bulan depan bertempat di Ipoh, Perak dengan sasaran menarik 1.5 juta individu yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini.
Beliau berharap melalui inisiatif berkenaan, ia akan dapat mengubah sikap masyarakat agar menjadikan saringan kesihatan sebagai rutin dan tidak menunggu hanya setelah dikesan berpenyakit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022
![Segan, tidak biasa antara punca ramai enggan jalani saringan kanser prostat, payudara Segan, tidak biasa antara punca ramai enggan jalani saringan kanser prostat, payudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649236924_medicalconsultant.jpg)
Terdapat kecenderungan dalam kalangan rakyat yang hanya akan menjalani pemeriksaan di klinik hanya selepas dikesan mempunyai penyakit. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723793404_TBcacarmonyetmonk.jpg)
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
![15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf 15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720265043_HajiDzulkefly.jpg)
15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf
Sebanyak 15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf sepenuhnya setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720083214_regencyhospital.jpg)
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.
![Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711617997_DoctorGeneric.jpg)
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
![Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692345974_LukanismanAwang.jpg)
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
![Kenaikan yuran FOMEMA, pemeriksaan perubatan pekerja asing beri cabaran buat majikan - FMBA Kenaikan yuran FOMEMA, pemeriksaan perubatan pekerja asing beri cabaran buat majikan - FMBA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625827991_Migrantworkers.jpg)
Kenaikan yuran FOMEMA, pemeriksaan perubatan pekerja asing beri cabaran buat majikan - FMBA
FOMEMA menetapkan tiga syarat baharu bagi saringan kesihatan pekerja asing di negara ini, termasuk menjalani ujian pengesanan dadah.
![KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700376526_ZalihaMustafa.jpg)
KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.
![Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689487994_ZalihaMustafa.jpg)
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
![Inisiatif 'Program MADANI Afiat' bawa khidmat KKM kepada komuniti - Dr Zaliha Inisiatif 'Program MADANI Afiat' bawa khidmat KKM kepada komuniti - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688888987_TBMadaniAfiat.jpg)
Inisiatif 'Program MADANI Afiat' bawa khidmat KKM kepada komuniti - Dr Zaliha
Inisiatif itu adalah bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai program.
![Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41688118128_TBSIVAKUMAR.jpg)
Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun
Perkhidmatan rawatan dialisis Perkeso yang dimulakan pada 1999 melibatkan kos berjumlah RM1.12 juta telah meningkat kepada RM334.67 juta pada tahun lalu.