ISKANDAR PUTERI:Seekor kuda jantan baka Friesian yang dilahirkan di Leisure Farm, di sini, bakal menjadi pemegang rekod dunia dalam Guinness World Record kerana merupakan kuda pertama daripada baka itu yang berjaya diternak di benua Asia.
Kuda diberi nama Lancelot itu dilahirkan di House Of Friesian Stud di Leisure Farm pada 3 Mac 2019 akan diberi pengiktirafan berkenaan pada Disember ini setelah selesai proses dokumentasi dilakukan.
Selain rekod dunia berkenaan, Lancelot turut diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai kuda Friesian pertama dilahirkan di negara ini, yang turut menyaksikan syarikat Stal De Fryslan (SDF) Sdn Bhd menerima pengiktirafan MBR bagi First Friesian Horse Breeding And Riding Stud Farm pada September lepas.
Ketika ini, Lancelot yang berusia setahun enam bulan dan seberat 350 kilogram dipelihara dan dimiliki oleh syarikat SDF.
Pengarah Urusan dan Ketua Operasi Pemasaran dan Jualan Global SDF, John Peter berkata pihaknya mengambil masa selama 10 tahun untuk membuat pembangunan dan kajian mengenai kuda baka itu bagi melihat tahap kebolehan Friesian mengadaptasi serta bertahan dalam negara beriklim tropika dan bercuaca panas.
"Selama ini tidak ada orang dalam bidang kuda berani mengambil risiko kerana Friesian dari negara sejuk, kuda salji serta khuatir ia tidak boleh bertahan dalam cuaca panas.
"Namun berlainan dengan kami yang berani membawa (mengimport) tiga ekor kuda Friesian dari Belanda sebelum seekor daripadanya melahirkan Lancelot di sini.
"Ini sekali gus membuktikan bahawa baka tersebut boleh bertahan dalam cuaca panas Malaysia," katanya kepadanya pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Sidang media itu turut dihadiri Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SDF, Leonie Campbell dan Penolong Pengarah SDF, M Sooriyan.
Mengulas lanjut, John berkata kuda Friesian adalah baka berasal dari wilayah Friesland di Belanda yang popular digunakan untuk aktiviti sukan, pertunjukan, upacara atau perarakan diraja.
Ia juga merupakan baka kuda paling cantik di dunia selain mempunyai keistimewaan tersendiri antaranya berdaya tahan, memiliki kepantasan dan lompatan yang tinggi dan hanya dilahirkan berwarna hitam.
Baka ini juga pernah digunakan oleh tentera Belanda untuk berperang pada masa dahulu.
"Friesian boleh hidup sehingga 35 tahun dan ketika ini, hanya terdapat 70,000 ekor kuda Friesian daripada keseluruhan 58 juta populasi kuda di seluruh dunia.
"Ia juga bernilai antara RM250,000 sehingga RM10 juta mengikut ciri-ciri keturunan dan tahap latihan yang telah diberikan," katanya yang memberitahu syarikat itu merancang untuk mewujudkan ladang ternakan kuda Friesian berkelas dunia di negeri ini, sekali gus menjadikan ia ladang pertama seumpamanya di Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020
Kuda yang dipanggil Lancelot ini berusia 1 tahun setengah dan seberat 350 kilogram itu dilahirkan di House Of Friesian Stud di Leisure Farm pada 3 Mac 2019. - Foto BERNAMA
150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
Liga Pro Saudi: Al-Ittihad hilang cengkaman di puncak
Al-Ittihad berkelebihan dua mata di puncak sebelum dipintas Al-Hilal yang memperoleh kemenangan.
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, tumpuan akan diberikan kepada kadar inflasi AS, dengan Indeks Harga Pengeluar akan dikeluarkan pada Selasa dan Indeks Harga Pengguna pula pada Rabu.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan masuk ke dalam kolam takungan air di Ladang YPJ, Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor petang semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir di Johor bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat, Perak dan Terengganu tidak berubah
Di Johor, jumlah mangsa melonjak kepada 3,449 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 2,524 orang direkodkan malam tadi.
Kemaman dilanda banjir
Seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Januari 2025
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang.
Kuda Lancelot dilahirkan di Iskandar Puteri bakal diiktiraf Guinness World Record Disember ini
Ketika ini, Lancelot yang berusia setahun enam bulan dan seberat 350 kilogram dipelihara dan dimiliki oleh syarikat SDF.