KUALA SELANGOR: Perayaan Ponggal yang saban tahun disambut oleh masyarakat India di negara ini pastinya tidak lengkap tanpa acara memasak susu di dalam periuk atau belanga tanah liat.
Bagi pengusaha K. Mahavisnoo, 39, periuk tanah liat keluaran perniagaan warisan keluarganya Krishnan Pottery, sejak 65 tahun lalu memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat yang merayakan pesta menuai itu.
Beliau berkata bagi sambutan perayaan yang bakal disambut pada Isnin depan, beliau bersama 10 pekerjanya telah bertungkus-lumus menyiapkan kira-kira 45,000 periuk tanah liat, sejak Mei lepas.
"Itulah rutin kami setiap tahun, kami akan menyiapkan periuk tersebut bermula Mei hingga Januari, bagi memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan Singapura," katanya kepada Bernama.
Mahavisnoo berkata selain menghasilkan periuk untuk perayaan Ponggal serta peralatan keagamaan berasaskan tanah liat yang lain, syarikatnya turut menghasilkan periuk untuk masakan harian, yang turut menarik pembeli dalam kalangan orang Melayu dan Cina.
Namun beliau berkata sebagai generasi ketiga yang mengusahakan produk tersebut, dia kini sedang memikirkan masa depan perniagaannya ekoran berhadapan dengan kekurangan sumber utama penghasilan produk tersebut, iaitu tanah liat.
Mahavisnoo berkata periuk yang dihasilkan menggunakan tanah liat khas yang diperoleh daripada syarikat pengeluar tanah dan pasir di Bestari Jaya, kini menjadi satu-satunya sumber perusahaannya untuk membuat periuk berkenaan.
"Sebelum ini saya mendapatkan bekalan tanah liat di Puchong dan Sri Petaling, namun sekarang hanya bergantung daripada pengusaha di Bestari Jaya," katanya sambil menambah ketika ini terdapat seramai empat pengusaha di Selangor yang menghasilkan periuk tersebut.
Mahavisnoo berkata beliau menganggarkan bekalan tanah liat yang ada di Selangor sekarang ini, hanya bertahan sekitar lima ke tujuh tahun lagi, dan kini sedang giat meninjau sumber baharu termasuk di Perak dan sekiranya sumber tersebut perlu diperoleh dari luar, sudah tentu kos pengeluarannya akan meningkat.
"Sekarang ini, kita beli dari pemborong sekitar RM8 ke RM9 dan biasanya harga periuk tanah liat kita di pasaran berharga RM12 ke RM13, mengikut saiz," katanya.
Dalam pada itu pada masa akan datang, beliau merancang untuk mengadakan bengkel khas, bagi menarik para pelancong datang ke tempat perusahaannya mendalami kesenian pembuatan periuk tanah liat secara tradisional.
"Ketika ini sudah ramai pelancong yang berminat datang ke sini. Jadi saya mahu menjadikan Kuala Selangor ini sebagai tempat tarikan pelancong, bagi melihat dan merasai pengalaman membuat periuk tanah liat secara tradisi oleh masyarakat India," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Periuk tanah liat keluaran perniagaan warisan keluarga sejak 65 tahun lalu itu sudah sebati dalam kalangan masyarakat yang merayakan Ponggal. - Foto BERNAMA
Polis mohon bantuan kesan Hussin Othman
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur.
Remaja ditahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut
Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan sebelum terbabas ke jalan bertentangan.
PM Sepanyol cadang cukai 100 peratus ke atas hartanah dibeli oleh bukan warga EU
Langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.
Media tonggak utama perkasa visi Kepengerusian ASEAN 2025
Media memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Pemadam cadang bina rumah transit bagi bekas penagih wanita
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) berhasrat untuk membina rumah transit bagi bekas penagih dadah wanita dalam usaha memberi perlindungan dan pengetahuan kepada golongan tersebut.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
Kepengerusian ASEAN akan beri manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi
Kepengerusian ASEAN 2025 bukan sahaja tertumpu kepada mesyuarat di peringkat atasan, tetapi juga melibatkan aktiviti dan program di peringkat akar umbi di seluruh negara.
Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.
Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.
Cegah risiko kecederaan otak traumatik akibat kemalangan
Hampir 80 peratus kes trauma berpunca daripada kemalangan jalan raya dengan 64 peratus kejadian melibatkan kecederaan otak traumatik (KOT).
Krishnan Pottery teruskan tradisi keluarkan periuk tanah liat untuk perayaan Ponggal
Periuk tanah liat keluaran perniagaan warisan keluarga sejak 65 tahun lalu itu sudah sebati dalam kalangan masyarakat yang merayakan Ponggal.