BIJI kopi yang dikisar dan dipanggang di hadapan pelanggan antara tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung yang datang ke Pekan Sehari di Temerloh, Pahang.

Aroma kopi yang wangi serta menepati cita rasa antara sebab mengapa kopi jualan Wong Tiang Kuang kekal laris sejak 43 tahun lalu.

Hanya di Pekan Sehari Temerloh sahaja anda boleh mendapatkan kopi campuran robusta dan arabica yang dipanggang menggunakan mesin khas berenjin petrol yang digunakan sejak empat abad lalu.

Menurut Wong, 77 tahun, rasa kopi yang lain daripada yang lain membuatkan orang ramai tidak pernah putus untuk mendapatkan bekalan.

“Saya hanya berniaga di sini pada Ahad setiap minggu. Rasa kopi saya memang kaw dan lain daripada yang lain, sebab itu orang ramai yang datang ke Pekan Sehari pasti akan beli serbuk kopi daripada saya,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Hanya di Pekan Sehari sahaja anda boleh mendapatkan kopi campuran robusta dan arabica yang dipanggang menggunakan mesin khas yang telah digunakan sejak empat abad lalu. -Astro AWANI/Siti Nursyazwani

Tiada resepi rahsia, hanya kemahiran memproses biji kopi mentah daripada mendiang ayahnya Wong Peng sejak 1975.

Malah ada pembeli yang sanggup datang ke pasar sehari ini dari Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan kopi yang serba berbeza ini.

Tiada resepi rahsia, hanya kemahiran memproses biji kopi mentah daripada mendiang ayahnya, Wong Peng sejak 1975 yang membuatkan orang ramai tertarik untuk membelinya. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani


Menurut pembeli Zaleha Abdul Jalil, 74 tahun, dia sudah menikmati kopi dari gerai Wong itu sejak di bangku persekolahan.

“Sekarang ini saya menetap di Kuala Lumpur. Setiap kali ke sini saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli untuk dibawa balik.

“Rasanya yang lain daripada lain itu membuatkan saya terus membelinya sehingga sekarang,” jelasnya.

Sementara itu, pasar sehari sepanjang 1.8 kilometer yang dibuka setiap Ahad bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari ini sering menjadi tumpuan kerana di sinilah pelbagai hasil kampung yang sukar diperoleh di tempat lain dijual.

Pekan Sehari merupakan pasar pagi terpanjang di negara ini yang mejual pelbagai hasil kampung yang sukar diperolehi di tempat lain. -Astro AWANI/ Siti Nursyazwani

Ikan patin buah dan sangkar, sayur kampung dan kuih-muih tradisional antara hasil kampung yang boleh didapati di sini. -Astro AWANI / Siti Nursyazwani

Ikan patin buah dan sangkar, sayur kampung dan kuih-muih tradisional antara hasil kampung yang boleh didapati di sini.