SHAH ALAM: Tindakan melepaskan ikan larangan iaitu ikan patin bagi spesies Chao Praya (Pangasius Sanitwongsei) ke Tasik Biru, Kundang di Rawang, untuk program memancing, berpotensi mengganggu ekosistem ikan asli tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya mendapati pelepasan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, tindakan ini menimbulkan kebimbangan kerana ikan-ikan asing tersebut berpotensi mengganggu ekosistem tasik.
"Pelepasan ikan asing boleh menyebabkan kepupusan spesies tempatan kerana persaingan untuk makanan dan habitat selain boleh menyebarkan penyakit kepada populasi ikan tempatan.
"Kita telah memulakan siasatan dengan mengenal pasti pihak yang terlibat dalam pelepasan ikan asing ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, langkah-langkah kawalan dan pemantauan sedang diperkukuhkan untuk mengelakkan kejadian yang sama daripada berulang.
Jelasnya, masyarakat diingatkan untuk tidak terlibat dalam pelepasan ikan asing di mana-mana kawasan air tawar.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan aktiviti tersebut, orang ramai diminta untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengurus serta penganjur program.
Tambahnya, penganjur mengakui kekhilafan dan berjanji akan membuat tindakan pembaikan dengan menyalurkan maklumat berkaitan larangan pelepasan ikan asing kepada pengunjung program dan peringatan kepada peserta memancing untuk tidak melepaskan semula hasil tangkapan ikan asing ke dalam tasik.
"Jaminan juga diberi oleh penganjur untuk memasang jaring pada laluan air keluar dari tasik bagi mengelakkan ikan asing terlepas dari tasik ke sungai dan akan bekerjasama dengan DOF serta agensi lain bagi program-program mengeluarkan spesis ikan asing daripada perairan umum," katanya.
Sebelum itu, tular hantaran di Facebook pada Rabu lalu menunjukkan terdapat pihak melepaskan ikan asing tersebut bagi aktiviti memancing pada 29 Jun. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 28 2024

Masyarakat diingatkan untuk tidak terlibat dalam pelepasan ikan asing di mana-mana kawasan air tawar. -Foto Jabatan Perikanan Malaysia
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

154 ikan larangan bernilai RM13,000 dirampas di Perak
Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata rampasan terhadap ikan larangan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

DOF siasat program memancing lepaskan ikan larangan ke tasik
Tindakan ini menimbulkan kebimbangan kerana ikan-ikan asing tersebut berpotensi mengganggu ekosistem tasik.