KOTA KINABALU: Kompleks Pasar Kota Kinabalu di sini dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu menerusi kempen Harum Kinabalu yang dilancarkan pada Jumaat.
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu sehubungan dengan itu, setiap blok bangunan di kompleks itu diberi nama baharu diinspirasikan daripada barang jualan antaranya D'Walai Mutiara yang sebelum ini dikenali sebagai Pasar Kraftangan.
Turut diberi nama baharu ialah D'Walai Cincin yang sebelum ini dikenali Pasar Sinsuran, D'Walai Suri (Pasar Malam), D'Walai Haruman (Pasar Buah) dan D'Walai Matabiru (Pasar Ikan Masin).
"Kempen ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi di samping meningkatkan kesedaran kepada masyarakat setempat dan pemilik premis atas kepentingan kebersihan.
"Ia melibatkan 383 pengusaha gerai di Anjung Kinabalu yang berada di bawah pengurusan tiga persatuan iaitu Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Kota Kinabalu, Persatuan Peniaga Kraftangan Kota Kinabalu dan Persatuan Penjual Ikan Masin dan Buah," menurut kenyataan itu.
Kempen Harum Kinabalu merupakan cetusan idea Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah Datin Seri Dr Nuinda Alias.
Kempen hasil kerjasama DBKK, Puspanita Cawangan Sabah dan Puspanita Cawangan DBKK itu juga akan diisi dengan pelbagai program bermula hari ini hingga 6 Julai ini.
Program itu antaranya Pembersihan Pasar, Penyediaan Tong Sampah, Penyediaan Papan Tanda Larangan Membuang Sampah Merata-rata, Pasar Sebagai Zon Contoh Kebersihan, Zon Pasar Terbersih dan Penggredan Zon Terbersih serta Gerai Bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Kempen Harum Kinabalu melibatkan 383 pengusaha gerai di Anjung Kinabalu yang berada di bawah pengurusan tiga persatuan. - Foto Facebook/Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

M K Land serah kompleks pasar dan gerai Taman Bunga Raya kepada MPHS
Fasiliti baharu ini menambah lagi infrastruktur berpusatkan komuniti yang telah dibangunkan sejak perbandaran ini dibangunkan pada 1996.

Kompleks Pasar Kota Kinabalu dijenamakan semula sebagai Anjung Kinabalu
Setiap blok bangunan di kompleks itu diberi nama baharu diinspirasikan daripada barang jualan.