ALOR GAJAH: Kompleks Air Panas Gadek sedang dinaik taraf menggunakan konsep 'Wellness and Spa Resort' membabitkan kos RM17.9 juta dan dijangka siap pada Ogos tahun ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata kerja-kerja naik taraf kompleks di tapak berkeluasan 4.05 hektar yang mula dilaksanakan pada Ogos 2021 itu merangkumi antaranya 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.
Katanya, setakat ini kerja-kerja menaik taraf kompleks itu mencapai 62 peratus, awal satu peratus daripada jadual asal projek itu.
"Projek naik taraf kompleks ini diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Keempat sebelum ini iaitu sekitar tahun 2020.
"Bangunan ini perlu dinaik taraf kerana ia merupakan salah satu khazanah negara dan ikon pelancongan negeri yang tersenarai dalam 138 tarikan utama di Melaka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak Kompleks Air Panas Gadek di sini pada Isnin.
Turut hadir Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek VP Shanmugam.
Sulaiman berkata Kompleks Air Panas Gadek merupakan produk pelancongan berasaskan kesihatan menerusi mandian air panas semula jadi di kawasan itu yang mengandungi sulfur dan baik untuk kesihatan.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks itu bertujuan memberi keselesaan dan pengalaman lebih baik kepada pengunjung dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dengan sasaran 360,000 pengunjung setahun setelah projek tersebut siap.
"Kompleks Air Panas Gadek ini juga akan menjadi tarikan baharu kepada pelancong dalam dan luar negara seperti dari Jerman, China, dan Taiwan sempena Tahun Melawat Melaka 2024," katanya.
Katanya projek itu juga akan menawarkan 70 peluang pekerjaan baharu dan mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (lima kanan) melihat sumber baharu air panas yang ditemui ketika kerja-kerja menaik taraf Kompleks Air Panas Gadek. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.