NEW YORK:Rangkaian Kentucky Fried Chicken (KFC) di Amerika Syarikat (AS) akan membuat rekaan semula restorannya bagi disesuaikan dengan era pandemik COVID-19.
Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada perkhidmatan pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka.
Dua rekaan baharu itu menekankan fakta bahawa kebiasaan pelanggan kini beralih ke arah penghantaran ke rumah berbanding makan di restoran.
Ia satu trend yang sudah bermula sebelum pandemik, tetapi situasi kini mempercepatkan peralihan itu, sekaligus memerlukan rekaan baharu yang lebih bersesuaian.
Reka bentuk kedai KFC yang sedia ada, dikenali sebagai "American Showman," akan dihentikan secara berperingkat.
Rekaan pertama mengenepikan corak ruang makan tradisional, yang sangat sesuai untuk dibina di kawasan bandar atau berkepadatan tinggi.
Reka bentuk kedua pula mempunyai dua jalan masuk, dengan satu lorong khusus untuk pengambilan pesanan menggunakan telefon pintar.
Rekaan ini juga merangkumi ruang tempat duduk di bahagian luar restoran yang dipanggil "Colonel's Porch" dan ruang makan di bahagian dalam yang lebih kecil daripada susun atur restoran KFC ketika ini.
Beberapa cawangan akan mempunyai tempat letak kereta khusus untuk pelanggan yang memesan dari aplikasi KFC atau aplikasi pihak ketiga, serta ruang yang dikhaskan untuk pemandu perkhidmatan penghantaran.
Reka bentuk terbaharu itu akan dilancarkan di tiga lokasi di AS tahun depan, iaitu West Palm Beach, Indianapolis dan Kentucky.
Selain KFC, beberapa restoran lain di AS turut membuat pembaharuan dalam reka bentuk bagi memenuhi norma baharu selepas pandemik, antaranya Chipotle, Starbucks dan Taco Bell.
*Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Nov 22 2020

Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Raikan hari jadi ke-50 KFC di KEPCI Music Fest 2023!
Konsert pertama seumpamanya di negara ini di mana 40 pemuzik tanah air akan menggegar tiga venue di Selangor, Sabah dan Johor.

KFC AS buat rekaan baharu restoran, sesuaikan dengan era pandemik
Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka.

Kerana COVID-19, KFC henti sementara guna slogan 'hingga menjilat jari'
Pelanggan bagaimanapun berpendapat slogan itu tidak membawa ancaman kesihatan kerana orang ramai umumnya makan hidangan KFC menggunakan tangan.

Tuah lamar kekasih di restoran KFC, pasangan terima 'durian runtuh'
Sepasang kekasih dibanjiri tawaran yang ingin menjadi penaja sempena hari bahagia mereka selepas aksi melamar di restoran makanan segera viral di media sosial.

Tak cukup ayam, KFC di Britain tutup kedai
Ratusan cawangan restoran makanan segera KFC di Britain berdepan masalah kekurangan bekalan ayam sehingga memaksa operasi perniagaan ditutup buat seketika.