Ketupat palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisional yang mudah didapati pada kebiasaanya di bulan Ramadan dan Syawal, khususnya di Terengganu.
Sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati.
Bagi Zainab Awang, 61, pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatkan daun palas bagi menghasilkan juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangkan ia punca pencariannya sekeluarga sejak 18 tahun lalu.
Katanya, beliau mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilkan ketupat kegemaran ramai itu.
"Mak cik pada mulanya memang tak pandai buat ketupat ni ...suatu hari mak cik cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tak pandai buat. Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik," katanya kepada Bernama.
"Mula-mula tak ramai orang suka, tetapi lama-kelamaan ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan dan hinggakan ada yang menempahnya untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada yang menempahnya untuk dibawa ke Arab Saudi," katanya.
Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya, meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari.
Untuk bulan puasa ini katanya, seawal pagi selepas waktu sahur beliau dan anaknya, Noraida Ismail, 41, akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilkan sehingga 375 biji ketupat.
"Petua mak cik, santan itu sebelum di'arong' (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi," katanya.
Menyedari persaingan daripada pembuat ketupat palas yang lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal menjual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan.
"Mak cik tak ambil untung lebih pun.. boleh makan anak-beranak pun dah syukur sangat... sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat May 26 2018
Zainab menunjukkan ketupat yang telah siap untuk dihantar kepada pelanggannya ketika ditemui di Kampung Bukit Tunggal, pada Jumaat. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.
Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.
Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.