TIDAK semua air sama. Air minuman jenama Spritzer yang kaya dengan kandungan mineral silika dapat membantu meningkatkan produksi kolagen untuk kulit yang lebih sihat dan baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

Malah, Spritzer adalah jenama air minuman mineral yang mempunyai kandungan silika tinggi, di mana setiap liter air mineralnya mengandungi 60mg mineral silika.

Apa itu silika?

Silika adalah bahan mineral semula jadi atau zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita, seperti kalsium, zat besi dan magnesium.

Tubuh kita memerlukan silika kerana ia dapat membantu meningkatkan produksi kolagen untuk kulit lebih sihat dan awet muda.

Silika boleh meningkatkan tahap hidrasi kulit, sekali gus mengurangkan beberapa masalah seperti jerawat dan psoriasis.

Bagi yang meningkat usia, kandungan silika dalam tubuh akan semakin berkurangan namun pengambilan silika secara semulajadi dari air mineral yang diminum setiap hari dapat menggantikan kandungan bahan tersebut.

Silika dapat memperkuatkan tulang dan tisu penghubung, meningkatkan kesihatan kulit, rambut serta kuku.

Kualiti air Spritzer, dengan mineral silika dijamin dan terbukti apabila menerima anugerah International Superior Taste daripada sebuah badan bebas – International Taste Institute yang memberi penghargaan kepada produk makanan dan minuman.

Jadikan amalan meminum air yang kaya dengan mineral silika sebagai pilihan utama rutin seharian kita.

Layari laman web SilicaStory.com untuk maklumat lanjut mengenai silika dan manfaatnya dalam kehidupan seharian kita.

Kesihatan kulit bermula dengan pilihan air minuman yang betul