TAIPING: Bertapak selama 32 tahun di Malaysia atau lebih khusus di Jalan Air Kuning, Taiping, Perak, keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.
Umum mengetahui air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian, tetapi tahukah anda bahawa bukan semua sumber air adalah sama?
Justeru, air mineral semulajadi Spritzer menawarkan pelbagai keunikan serta manfaat kepada tubuh badan manusia.
Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Spritzer Berhad, Dr Chuah Chaw Teo berkata, Spritzer telah menghasilkan air mineral botol melebihi 30 tahun.
Air mineral ini kaya dengan silika dan sumber air bawah tanahnya yang terletak di tanah seluas 330 ekar adalah terlindung oleh hutan hujan tropika yang belum tercemar.
Beliau turut menyarankan bahawa air mineral adalah pilihan yang lebih sihat kerana secara semula jadi mengandungi mineral yang bermanfaat kepada tubuh badan.
"Mineral membantu dalam proses pencernaan dan menjadi pemangkin untuk hormon, enzim dan fungsi badan.
"Ia juga melindungi tubuh badan daripada reaksi toksik dan keracunan logam berat.
"Badan manusia 60 peratus daripadanya mengandungi air, jenis air yang kita minum sememangnya penting untuk kesihatan tubuh.
"Kita perlu mengambil sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari untuk kekal terhidrat.
"Air sepatutnya boleh didapati di mana-mana tempat, tidak kira anda berada di rumah atau pejabat," jelasnya lagi.
Kepentingan silika
Jelas Chuah, kebaikan silika yang ada pada air mineral juga memberi kebaikan kepada kesihatan badan.
Katanya, silika merupakan mineral surih (trace mineral) penting yang memberi kekuatan dan fleksibiliti kepada tisu penghubung badan manusia.
"Air mineral Spritzer secara semula jadi mengandungi silika yang tinggi dan penyelidikan di United Kingdom (UK) menunjukkan bahawa 30 mg/l berkesan untuk mengeluarkan aluminium daripada badan.
"Ia membantu proses mensintesis kolagen dalam badan secara semula jadi. Kolagen penting untuk menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat.
"Silika juga berupaya mengurangkan toksik aluminium dalam badan, yang mana ia adalah neurotoksin yang berisiko menyebabkan kehilangan daya ingatan," katanya.
Pembotolan tanpa sentuhan
Proses pembotolan air di sini juga sangat menitikberatkan aspek kebersihan serta tiada sentuhan tangan berlaku dari sumber air sehingga kepada botol.
"Uniknya air mineral ini ialah ia ditapis secara hygenic dan mengikut piawaian antarabangsa.
"Kami sangat pentingkan kualiti demi kebaikan semua," katanya.
Kesan pandemik COVID-19
Tidak terkecuali menerima tempias akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun lalu, Spritzer ternyata mampu mengharungi situasi mencabar tersebut.
Malah mereka turut bersama-sama berganding bahu meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan serta masyarakat yang kurang bernasib baik.
"Keadaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu menyebabkan orang ramai tidak boleh melancong, selain itu pengambilan air mineral juga menurun memandangkan banyak kedai tidak boleh beroperasi.
"Namun begitu, situasi berkenaan membuka jalan untuk Spritzer berfikir luar dari kotak terutama melibatkan idea perniagaan.
"Kita dapat lihat peningkatan jualan e-com atau dalam talian melebihi 40 peratus, penggunaan isi rumah terhadap produk mini dispenser air juga sangat menggalakkan," katanya lagi.
Pengiktirafan dan anugerah
Apa yang menarik tentang air mineral ini ialah pada rasanya yang unik dan diakui sendiri oleh juri dan pakar rasa dari luar negara.
Bukan itu saja, Spritzer turut meraih anugerah Superior Taste Award oleh International Taste Institute (iTQi) untuk lima tahun berturut-turut.
"Kita hantar air mineral ke Belgium dan di situ mereka ada pakar untuk merasa air. Mereka mendapati air mineral itu agak unik daripada segi rasa dan lain daripada yang lain.
"Spritzer berjaya mendapat pengiktirafan tiga bintang, ini membuktikan air mineral di sini memang mempunyai rasa yang tersendiri," katanya lagi.
Astro Awani
Sat Oct 23 2021
Air mineral adalah pilihan yang lebih sihat kerana secara semula jadi mengandungi mineral yang bermanfaat kepada tubuh badan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Spritzer berdepan tekanan kos akibat cukai perkhidmatan 8% - MIDF Research
MIDF Research bimbang kemungkinan tekanan inflasi ke atas perbelanjaan operasi Spritzer Berhad yang disebabkan peningkatan harga daripada pembekal akibat cukai perkhidmatan yang lebih tinggi.
Spritzer lancar botol ikonik mesra alam, kaya silika
Inisiatif yang bertemakan 'New Look, New Purpose' itu adalah bagi menggalakkan pengguna mengitar semula botol.
Lebih 30 tahun, air mineral Spritzer kekal relevan
Keunggulan air mineral jenama Spritzer sememangnya diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa.
Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd secara keseluruhan menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan hari ini.