Dua syarikat terkemuka negara – Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd – mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak RM1 juta secara keseluruhan kepada Tabung Harapan Malaysia.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata sumbangan kedua-dua syarikat tersebut merupakan penyumbang terbesar setakat ini di Perak.
Spritzer, syarikat pengeluar air mineral paling popular di Malaysia, dan Yee Lee, pengeluar produk harian seperti minyak masak cap Helang dan barang penjagaan gigi jenama Morning Kiss, masing-masing menyumbang RM500,000.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menyeru mana-mana pihak lain yang berkeupayaan untuk tampil memberikan sokongan terhadap tabung tersebut.
Ketika ditanya sekiranya beliau akan menyeru rakan-rakan daripada Pakatan Harapan untuk menyumbang gaji dan wang ringgit seperti yang dilakukan beliau dan ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen sebelum ini, Kor Ming berkata beliau tidak memaksa mana-mana individu kerana nilai sumbangan bukanlah ukuran.
Katanya, paling penting, kempen Tabung Harapan ini berjaya memupuk kesedaran dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kor Ming juga mengingatkan setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai.
Sementara itu, Pengarah Kajian dan Penyelidikan (R&D) Spritzer, Dr Chuan Chaw Teo, berkata mereka bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang mampu menyumbang kepada negara.
"Kami berbesar hati kerana dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan, kami harap peranan kecil yang kami mainkan ini boleh menggalakkan pihak lain untuk berbuat sama," katanya pada majlis penyerahan cek di Ibu Pejabat DAP Perak di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Spritzer, Lam Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Yee Lee, Lim Ee Young dan Pengarah Eksekutifnya, Francis Chok Yin Fat.
BACA: Tabung Harapan Malaysia: Malindo Air sumbang RM1 setiap tiket
BACA: Kutipan terkini Tabung Harapan Malaysia lebih RM18 juta
BACA: Hati-hati nombor akaun Tabung Harapan Malaysia palsu!
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jun 02 2018
Kor Ming (tengah) bersama wakil daripada syarikat Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd yang menyumbang sebanyak RM500,000 ke dalam Tabung Harapan bertujuan mengurangkan bebanan hutang Kerajaan Persekutuan di Wisma DAP Perak hari ini. - BERNAMA
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd secara keseluruhan menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan hari ini.