Mari berkenalan dengan Ake, kucing comel yang punya kisah hidup yang unik.
Ake merupakan haiwan peliharaan, namun apa yang pelik, Ake tidak gemar pulang ke rumah sebaliknya lebih selesa menetap di sebuah stesen trem di bandar Rotterdam-Kralingen, Belanda.
Si comel ini sudah menjadikan stesen trem itu sebagai kediaman rasminya selama 10 tahun dan hanya sekali-sekala akan mengikut tuannya pulang.
Ada kalanya, Ake akan turut menaiki trem dan kebiasaannya, pemandu trem akan menghantarnya pulang ke stesen tersebut.
Menjadi penghuni tetap stesen trem itu, tidak hairanlah Ake punya tempat duduk khas yang hanya boleh dihuni olehnya.
Bukan itu sahaja, Ake kini semakin popular bukan sahaja di Belanda, tetapi seluruh dunia juga. Kisah Ake pernah diberi liputan oleh banyak stesen TV tempatan dan sudah beberapa kali muncul di akhbar-akhbar tempatan.
Ake juga sering menghiasi foto selfie penumpang trem yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengannya. Ake kini sudah memiliki lebih 25,000 'likers' di laman Facebooknya, Tram-Poes.
Melalui satu status di laman Facebook tersebut, pemilik Ake memberitahu Ake menghadapi masalah pencernaan yang agak kronik. Kerana itu, pemilik yang enggan dikenali itu meminta agar orang ramai tidak memberi Ake makan kerana kucing kesayangannya itu memerlukan diet yang khusus.
Madiha Abdullah
Tue May 12 2015

Ake tidak gemar pulang ke rumah sebaliknya lebih selesa menetap di sebuah stesen trem. - Facebook Trampoes

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pelajar terkejut status 'kucing tidur atas riba semasa peperiksaan' tular
Menerusi beberapa kemaskini status di Twitter, Alliff Azlan nampaknya tidak percaya apabila statusnya itu menjadi tular dan menerima 13,000 retweet.

Takut guruh dan kilat? Seperti manusia, kucing juga alami trauma
Pemilik haiwan peliharaan digesa untuk lebih peka dengan tahap kesihatan haiwan kesayangan mereka memandangkan cuaca buruk boleh menyebabkan imunisasi badan haiwan menurun.

Binatang peliharaan kini dikenakan tambang
Uber Singapura memaklumkan menerusi perkhidmatan UberPet, penumpang kini sudah boleh membawa bersama mereka kucing, anjing atau apa-apa sahaja binatang peliharaan mereka dengan bayaran tambahan $2.

Facebook medium jual beli hidupan liar - Kajian TRAFFIC
Kira-kira 300 hidupan liar, sebahagian besarnya dalam kategori spesis yang dilindungi, didagangkan melalui laman sosial Facebook hanya dalam tempoh 30 minit setiap hari.

Kenali Ake, kucing unik penghuni stesen trem
Ake sudah menjadikan stesen trem itu sebagai kediaman rasminya selama 10 tahun dan hanya sekali-sekala akan mengikut tuannya pulang.

Umang-umang punca rezeki
Umang-umang atau kelomang adalah salah satu binatang peliharaan terkini dan menjadi tarikan pengunjung pasar minggu di Gua Musang.