Hampir 4,000 peluang pekerjaan disediakan dalam program Kembara Kerjaya Johor yang diadakan di empat daerah dari 20 hingga 22 Mei ini.
Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R. Vidyananthan berkata ini adalah tahun ketiga kembara seumpama itu dianjurkan selepas diperkenalkan pada 2014.
Program itu mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), katanya.
"Kembara kali ini membabitkan daerah Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perkilangan, teknikal dan hospitaliti.
"Perasmian program ini akan diadakan di Felda Ulu Belitong, dekat Kluang pada 20 Mei sebelum bergerak ke Kulai dan Kota Tinggi manakala majlis penutup di Padang Kawad UTM, Skudai, pada 22 Mei," katanya kepada pemberita di Kota Iskandar, Khamis.
Vidyananthan berkata kembara bertemakan 'Ke Arah Johor Berkemahiran' itu bakal disertai 39 agensi kerajaan, swasta, pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta pusat latihan kemahiran dengan konvoi kembara membabitkan 56 kenderaan termasuk 20 motosikal berkuasa tinggi.
Beliau berkata sebanyak 30 majikan menyertai program di Felda Ulu Belitong yang menyediakan 1,542 kekosongan jawatan kepada anak muda atau pencari kerja termasuk syarikat Guocera Tile Industries Sdn Bhd, Jackspeed Leather Special Sdn Bhd dan Tradewind Plantation.
Katanya bagi program di perkarangan Perpustakaan Kejora, Bandar Penawar, Kota Tinggi pula, sebanyak 20 majikan menyertainya dengan menawarkan 1,374 peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk Kota Tinggi manakala 1,000 kekosongan jawatan ditawarkan 30 majikan pada program di Padang Kawad UTM.
"Seramai 12,000 orang mengunjungi Kembara Kerjaya Johor 2.0 tahun lepas yang diadakan di Kulai, Tangkak dan Segamat dan 1,086 daripadanya berjaya ditempatkan dalam pekerjaan, 952 orang lagi mendaftar untuk mengikuti latihan kemahiran manakala sebanyak 52 usahawan baru dilahirkan," katanya.
Menurut Vidyananthan, selain tawaran kerja, pengisian lain pada kembara itu termasuk kursus pendek membaiki motosikal, membuat roti dan urutan serta maklumat mengenai peluang kerjaya dalam industri peruncitan oleh Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop) di Kulai.
Perbadanan Usahawan Johor (EDC) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) pula akan memberikan khidmat termasuk bantuan pinjaman dan sebagainya, katanya.
Bernama
Fri May 13 2016
Kembara kali ini membabitkan daerah Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perkilangan, teknikal dan hospitaliti. - Gambar hiasan
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Kira-kira 600 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan bomba
Kekosongan jawatan itu akan diisi secara berperingkat bagi menambah kekuatan 14,500 pegawai dan anggota di seluruh negara pada masa ini.
New York tawar jawatan kosong 'czar tikus'
Kota metropolitan New York mengiklankan 'jawatan kosong' pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Lebih 20 jawatan kosong ketua Malawakil diisi dalam masa terdekat - Saifuddin
Lebih 20 jawatan kosong ketua perwakilan dan konsul jeneral di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara (Malawakil) akan diisi dalam masa terdekat, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
4,000 jawatan kosong ditawar di Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020
Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.
Lebih 153,000 jawatan kosong diiklankan di MyFutureJobs
Sebanyak 7,638 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Penjana Kerjaya anjuran Perkeso.
MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.
COVID-19: LinkedIn tawar hantaran kerja kosong percuma jawatan kritikal
LinkedIn, menawarkan hantaran percuma untuk iklan kerja kosong kepada syarikat penjagaan kesihatan, badan bantuan bencana tanpa keuntungan, pasar raya, penghantaran barangan dan gudang penyimpanan.
Asyik salah buat keputusan, wanita ini tawar RM10,000 untuk jadi 'decision maker'
Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu sudah bosan apabila kerap dilanda masalah gara-gara tersalah membuat keputusan.
Kembara Kerjaya Johor sediakan hampir 4,000 pekerjaan - Exco
Program itu mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan UTM.