PUTRAJAYA: Lebih 20 jawatan kosong ketua perwakilan dan konsul jeneral di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara (Malawakil) akan diisi dalam masa terdekat, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata antara negara yang terlibat adalah Arab Saudi, Amerika Syarikat, Indonesia, Jepun dan Jerman.
"Senarai sudah dimuktamadkan dan sedang melalui proses tapisan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Belia untuk Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, di sini, hari ini.
Saifuddin menjelaskan kekosongan jawatan berkenaan berlaku berikutan faktor persaraan pegawai dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergerakan pegawai tidak dapat dilaksanakan.
"Ketua-ketua perwakilan ini ada dua bentuk pergerakan, sama ada cross-posting dari negara A ke negara B atau dari negara A balik ke Malaysia dan dari Malaysia pergi ke negara A.
"Selama hampir dua tahun kita tidak dapat gerakkan mereka. Saya yakin dalam masa terdekat kita boleh mengisi kekosongan ini," katanya.
Menurut beliau, kekosongan jawatan ketua perwakilan tidak memberi impak kepada hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan kerana terdapat kuasa usaha sementara yang dilantik dalam kalangan pegawai berpengalaman untuk menggalas tugas berkenaan.
"Sebagai contoh semasa Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, pada masa itu ada kekosongan duta di China, tetapi kita ada seorang kuasa usaha sementara yang menjalankan tugas dengan begitu cemerlang.. ketika itu dua kali Dr Mahathir pergi ke China dan diuruskan oleh kuasa usaha sementara," katanya.
Menurut beliau, masalah pengisian jawatan ketua perwakilan akibat pandemik juga dialami oleh negara-negara lain dan ini boleh dilihat apabila sejumlah besar ketua perwakilan asing ke Malaysia akan menyerahkan watikah pelantikan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 25 April ini.
"Saya tidak ingat jumlahnya, tetapi sangat jarang berlaku seramai itu (ketua perwakilan menyerahkan watikah pelantikan). Ini kerana banyak yang tertangguh akibat COVID-19," katanya.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai 107 Malawakil di luar negara dengan sebahagiannya adalah ketua perwakilan dan selebihnya konsul jeneral.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Saifuddin menjelaskan kekosongan jawatan berkenaan berlaku berikutan faktor persaraan pegawai dan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergerakan pegawai tidak dapat dilaksanakan. - Gambar fail
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
Wisma Putra jamin maklumat terkini SPR disalurkan menerusi portal rasmi Malawakil
Pejabat Malawakil sedang mengambil tindakan mengatasi masalah teknikal bagi membolehkannya menyampaikan maklumat daripada SPR berhubung undi pos bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
Maklumkan keberadaan di luar negara kepada Malawakil - Zambry
Ini memudahkan tindakan diambil jika berlaku sebarang masalah atau perkara tidak diingini sepanjang mereka di negara lain.
PRU15: Malawakil sedia bantu pengundi di luar negara - Saifuddin
Kesemua Perwakilan Malaysia (Malawakil) bersedia membantu pengundi yang berada di luar negara melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Identiti kapal, 16 anak kapal rakyat Malaysia sedang dikenal pasti - Wisma Putra
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malawakil (Pejabat Perwakilan Malaysia) di Iran sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.