PUTRAJAYA: Pejabat-pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) telah dan sedang mengambil tindakan mengatasi masalah-masalah teknikal bagi membolehkannya menyampaikan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung undi pos bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 25 Jun 2023 yang memetik kenyataan Global Bersih berhubung perkongsian maklumat yang salah atau tidak dikemaskini pada Portal Rasmi pejabat-pejabat Malawakil mengenai undi pos.
Kementerian Luar Negeri akan terus memastikan maklumat yang jelas, sahih dan terkini yang disediakan SPR dapat disalurkan bagi makluman para pengundi dan rakyat Malaysia di luar negara.
"Bagaimanapun, sebilangan kecil pejabat Malawakil telah berdepan masalah-masalah teknikal dalam pengemaskinian Portal Rasmi mereka. Pejabat-pejabat berkenaan telah dan sedang mengambil tindakan mengatasi masalah-masalah teknikal berkenaan," kata kenyataan itu.
"Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa pautan ke maklumat terperinci mengenai Permohonan Undi Pos Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bagi Permohonan Undi Pos Kategori 1B (Luar Negara) - Online, seperti yang tertera di Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-pru-dun-ke-15, telah mula dihebahkan di Portal Rasmi Kementerian ini - https://www.kln.gov.my mulai 16 Jun 2023.
"Perkara yang sama turut dimuat naik di semua platform media sosial rasmi utama Kementerian iaitu Facebook, Instagram dan Twitter. Maklumat-maklumat itu telah juga dimuat naik di Portal-portal Rasmi hampir kesemua pejabat Malawakil serta platform media sosial rasmi masing-masing mulai tarikh yang sama.
Global Bersih yang beribu pejabat di Geneva adalah sebahagian daripada gerakan yang membantu rakyat Malaysia di luar negara menghantar undi mereka dalam pilihan raya umum yang lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Kementerian Luar Negeri akan terus memastikan maklumat yang jelas, sahih dan terkini yang disediakan SPR dapat disalurkan bagi makluman para pengundi dan rakyat Malaysia di luar negara.- Gambar hiasan/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Wisma Putra jamin maklumat terkini SPR disalurkan menerusi portal rasmi Malawakil
Pejabat Malawakil sedang mengambil tindakan mengatasi masalah teknikal bagi membolehkannya menyampaikan maklumat daripada SPR berhubung undi pos bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara.