NEW YORK: Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan 'jawatan kosong' pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai 'Pengarah Mitigasi Tikus' atau 'czar tikus' dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
"Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan 'dahagakan darah' serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah," menurut iklan tersebut.
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin 'bermaharajalela' dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Sun Dec 04 2022

New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi. - Gambar hiasan

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.

Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat
Kewujudan lubang di sekitar bangunan pasar, termasuk kotak dan polisterin yang disimpan secara tidak teratur memburukkan lagi keadaan.

Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.

Ubat menumbuhkan semula gigi diuji pada manusia tahun ini
Ujian ke atas manusia akan dilakukan Hospitak Universiti Kyoto pada September 2024 hingga Ogos 2025.

New York tawar jawatan kosong 'czar tikus'
Kota metropolitan New York mengiklankan 'jawatan kosong' pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.

Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).

Magawa, tikus hero bantu kesan periuk api, bersara dari perkhidmatan
Magawa telah mengesan 71 buah periuk api serta membantu menjadikan tanah seluas lebih dari 225,000 meter persegi selamat untuk didiami.

Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah
Pingat itu diberikan atas keberanian dan pengabdiannya yang bertugas menyelamatkan nyawa.

Kilang proses makanan kotor, menjijikkan diarah tutup
Kotor, jijik dan meloyakan apabila bangkai dan najis tikus ditemukan di tempat memproses makanan.

COVID-19: Tikus tidak mungkin pupus, ini masa untuk menghapus
Kelaparan melampau dan naluri untuk terus hidup menyebabkan tikus keluar dari sarang untuk berhijrah ke dalam rumah.

Tiada wabak Leptospirosis di tiga kawasan rekreasi di Tapah
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, sehingga 22 Februari lalu, sebanyak dua kes disahkan Leptospirosis telah dilaporkan dari Daerah Batang Padang.