80 warga kerja Astro AWANI bersama warga SMK Tun Perak memeriahkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hari ini.

CSR yang ketiga sejak 2014 oleh Astro AWANI ini diketuai Editor Eksekutif, Zaiful Ariffin memberi fokus kepada keselesaan generasi masa depan kita di sekolah tersebut.

Aktiviti tertumpu kepada mengindahkan SMK Tun Perak termasuklah mengecat kelas, pagar, bilik darjah dan tandas.

Selain itu, program ini memupuk budaya kesukarelawanan disamping merapatkan hubungan media dan masyarakat terutama pelajar sekolah.

Program ini juga mencipta sejarah tersendiri buat warga sekolah memandangkan ini julung kali SMK Tun Perak melakukan kerjasama dengan organisasi media tempatan.


CSR Astro AWANI eratkan hubungan media dan warga SMK Tun Perak