NEW YORK: Sejak 50 tahun lalu, jumlah pengeluaran sperma manusia dilaporkan menurun lebih 50 peratus di seluruh dunia.
Memetik laporan CNN, angka merupakan tinjauan terkini jurnal perubatan yang mana data diperoleh dari 53 buah negara.
Sekiranya penemuan itu disahkan dan penurunan berterusan, ia boleh memberi implikasi penting kepada pembiakan manusia.
Penyelidik memberitahu, ia juga menjadi petanda penurunan kesihatan pada lelaki secara umum memandangkan kualiti air mani boleh menjadi penanda aras penting.
Namun begitu, kajian ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pakar kesuburan lelaki.
Ada yang mengatakan penemuan ini nyata namun terlalu cepat disimpulkan, tetapi ada juga mengatakan mereka tidak yakin dengan data kerana kaedah mengira sperma telah berubah banyak dari semasa ke semasa sehingga tidak relevan membandingkan angka lama dan sekarang.
Dalam masa sama, hampir semua pakar bersetuju bahawa isu ini memerlukan lebih banyak kajian.
"Saya fikir salah satu fungsi asas mana-mana spesies adalah pembiakan. Oleh itu, saya fikir jika terdapat isyarat bahawa pembiakan menurun, ia adalah penemuan yang sangat penting.
"Terdapat hubungan kuat antara kesihatan reproduktif lelaki dan kesihatan secara keseluruhan. Maka, ia boleh dikaitkan bahawa mungkin kita tidak sihat seperti dahulu," katanya kata pakar urologi dengan Stanford Medicine Dr Michael Eisenberg yang tidak terlibat dalam kajian ini.
Sementara itu, pakar bedah dan penolong profesor Sekolah Perubatan Universiti Utah di Salt Lake City mengulas cara analisis air mani dilakukan telah berubah sejak beberapa dekad.
“Ia telah bertambah baik dan menjadi lebih standard tetapi tidak sempurna. Walaupun anda mengambil sampel air mani yang sama dan melakukan analisis air mani ke atasnya pada tahun 60-an dan 70-an berbanding hari ini, anda akan mendapat dua jawapan yang berbeza," katanya yang juga tidak terlibat dalam tinjauan itu.
Difahamkan, gaya hidup juga memainkan peranan penting. Obesiti, kekurangan aktiviti fizikal dan diet yang tinggi dalam makanan ultraproses mungkin menjadi punca penurunan jumlah sperma.
Secara keseluruhan, para penyelidik menentukan bahawa jumlah sperma jatuh lebih daripada 1% setahun antara tahun 1973 dan 2018. Kajian itu menunjukkan bahawa di peringkat global, purata jumlah sperma purata telah jatuh 52% pada tahun 2018.
Di peringkat penduduk dunia, purata jumlah sperma menurun daripada 104 juta kepada 49 juta setiap mililiter dari 1973 hingga 2019. Kiraan sperma biasa dianggap melebihi 40 juta setiap mililiter.
Faida Rahim
Sat Nov 19 2022
Sekiranya penemuan ini disahkan dan penurunan berterusan, ia boleh memberi implikasi penting kepada pembiakan manusia. - Gambar hiasan/Pixabay
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Jumlah sperma di seluruh dunia menurun 50 peratus
Sejak 50 tahun lalu, jumlah sperma manusia dilaporkan menurun lebih 50 peratus di seluruh dunia.
Ganja tingkatkan kesuburan lelaki?
Analisis daripada sampel air mani menunjukkan lelaki yang pernah hisap ganja mempunyai jumlah kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter.
Pakai seluar ketat, ketuhar mikro antara punca kesuburan lelaki susut?
Selain gaya hidup yang semakin berubah, pemakanan makanan yang dipanaskan dengan ketuhar mikro dan pakaian yang ketat turut menjejaskan kualiti sperma.
Pencemaran udara boleh akibatkan ketidaksuburan sperma lelaki - kajian
Kajian terhadap 6,500 lelaki di Taiwan mendapati pencemaran udara berkait rapat dengan ketidaknormalan pada saiz dan bentuk sperma.
Lelaki China boleh miliki iPhone 6s dengan menderma sperma
Lelaki China yang berkeinginan untuk menderma sperma bagi mendapatkan habuan itu bagaimanapun perlu lulus beberapa syarat khas.
Sperma berusia 17 juta tahun ditemui di Australia
Sperma itu adalah milik sejenis udang kecil dan ditemui di tapak kajian Khazanah Fosil Dunia Riversleigh, ke utara Queensland, Australia.
Lelaki Bosnia saman bekas teman wanita berhubung penggunaan spermanya
Ervin Ahbabovic, pengarah komersil dalam industri pembangunan perniagaan di sebuah syarikat, memfailkan saman itu Mahkamah Sesyen Sivil.
Sauna boleh kurangkan bilangan sperma
Sebuah kajian yang dijalankan di Itali mendapati lelaki yang gemar menghabiskan masa di sauna terdedah kepada pengurangan bilangan sperma.