TUMPAT: Hampir setiap hari pengguna Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor pasti dapat melihat flash mob di hadapan sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Pasir Pekan di sini, namun mereka bukan mempromosi perkhidmatan itu sebaliknya perniagaan kopi yang mula diusahakan sejak Mei lepas.
Pemilik LOH Barbershop, Abdullah Thariq Abdullah, 26, tidak menyangka kemahiran membancuh kopi yang dimiliki sejak lebih setahun lepas, kini memberinya pendapatan seterusnya membantu menampung perbelanjaan berikutan perniagaan kedai gunting rambutnya terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19.
Bercakap kepada Bernama, Abdullah Thariq berkata beliau bersama adik dan abangnya mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut sejak 2018 dan memiliki tujuh cawangan kedai serta sebuah pusat latihan, namun akibat pandemik mereka terpaksa menutup dua daripada cawangan tersebut.
"Kedai tinggal lima sahaja termasuk sebuah pusat latihan, jumlah tukang gunting juga berkurang daripada sembilan orang kepada hanya tujuh sekarang, namun saya masih perlu kira-kira RM3,000 untuk bayaran sewa, bil elektrik dan air untuk kesemua premis itu.
"Saya cuba cari apa lagi yang boleh dilakukan dalam tempoh ini bagi membantu aliran tunai perniagaan.
Keputusan Abdullah Thariq nyata berbaloi, kemahiran membancuh kopi yang dipelajari daripada YouTube serta hasil pemerhatian ketika mengunjungi kafe kopi di sekitar Kota Bharu kini memberi pendapatan seterusnya membantu aliran tunai perniagaannya.
"Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat baik, setiap hari saya mampu menjual kira-kira 30 hingga 40 cawan yang memberi pulangan RM200 hingga RM300 sehari.
"Berkenaan promosi, selain flash mob, saya juga membuat hebahan menerusi laman sosial seperti Facebook.
"Jujurnya saya tak pernah sangka akan dapat sambutan. Saya hanya fikir nak buat aliran tunai perniagaan semata-mata tetapi alhamdulilah dapat sambutan," kata anak jati Pasir Pekan itu.
Beliau berkata usahawan perlu kreatif dalam menjana pendapatan lain apabila berdepan kesukaran terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Jul 31 2021
Abdullah Thariq Abdullah, 26, menunjukkan kopi yang bermutu tinggi yang boleh diperolehi di Loh COffee & Brew miliknya di Pasir Pekan. -Bernama
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Pengambilan kopi berlebihan mungkin ancam kesihatan jantung - Kajian
Kebimbangan mengenai kesan buruk kafein terhadap tekanan darah dan kadar degupan jantung telah mendorong pelajar perubatan India Nency Kagathara untuk mengkaji kesannya.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Perubahan iklim: 54 peratus tanah bagi penanaman kopi dijangka terjejas menjelang 2100 - Laporan
Perubahan iklim dijangka mengurangkan tanah tersedia untuk penanaman kopi sebanyak 54 peratus menjelang 2100 walaupun suhu global dihadkan kepada 1.5-2 darjah Celsius melebihi paras pra-industri.
"Saya perlu minum 2 cawan kopi sebelum ..." - Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan dia perlu meminum dua cawan kopi sebelum melakonkan watak Sharifah Azreen dalam drama popular Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah.
Kerana secawan kopi, dua juruterbang SpiceJet digantung tugas
Perkara itu terbongkar selepas gambar cawan terbuka yang diletakkan di panel kawalan pesawat SpiceJet, tular awal minggu ini.
Natasha Sass, Jack Tan jadi 'Sahabat' HWC Malaysia
HWC Coffee Malaysia menyasarkan untuk membuka 40 lagi Kedai Jenama di seluruh Malaysia menjelang 2023.
WONDA raikan budaya bola sepak tempatan dengan Rekod Guinness
730 peserta jayakan rekod 'Rantaian Video Menimang Bola Sepak Terbesar Dalam Talian.'
Malu gigi kekuningan gara-gara minum kopi dan teh? Doktor ini kongsi tips
Untuk penggemar kopi dan teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning.
Tourism Malaysia fokus promosi pelancongan 'jejak kopi' di wilayah utara
Budaya minum kopi telah wujud sekian lama di Malaysia malah semakin berkembang hingga menjadi gaya hidup.
Jabatan Pertanian sedia bantu pengusaha kopi
Terdapat kira-kira 2,000 pengusaha kopi di Malaysia dengan majoriti varieti ditanam adalah jenis 'Liberica' dan 'Robusta'.