KUALA LUMPUR: Bola sepak dan kopi sudah menjadi budaya yang tak dapat dipisahkan dari rakyat negara ini.
Mengangkat semangat itu, WONDA Coffee, salah satu jenama kopi paling diminati di Malaysia melakar pencapaian dalam Buku Rekod Guinness untuk Rantaian Video Menimang Bola Sepak Terbesar Dalam Talian.
Sijil pengiktirafan rekod tersebut dipersembahkan oleh penilai rasmi dari Rekod Dunia Guinness kepada Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan dalam satu majlis di Empire Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
Kata Amy, pencapaian itu adalah sebuah manifestasi kecintaan rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak dan minuman kopi sebagai pelengkap kepada budaya bola sepak di negara ini.
“Kami sangat terinspirasi daripada budaya ‘mamak’ di mana peminat bola sepak menonton perlawanan di restoran mamak sambil menikmati Kopi Tarik, jadi kami memikirkan untuk melakukan ini untuk melakukan ini untuk rakyat Malaysia, meraikan bola sepak dengan membawa rakyat Malaysia bersama.
“Menyedari dan menghargai bakat yang kita ada, maka kami mengambil selangkah lebih tinggi dengan membuat timangan bola sepak.”
Dengan rekod ini, WONDA menampilkan 730 rakyat Malaysia untuk mengatasi Rekod Guinness terdahulu iaitu ‘Hantaran Bola Sepak Paling Ramai Dalam Talian.’
Video tersebut memaparkan peserta menerima bola dari luar bingkai, melakukan beberapa kali timangan sebelum menghantar bola ke luar bingkai kepada peserta seterusnya dalam rantaian.
Antara nama tersohor arena bola sepak tanah air yang turut menyertai penciptaan rekod ini adalah pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri; pemain JDT, Safiq Rahim; pemain wanita kebangsaan, Steffi Sidhu; dan ‘freestyler’ wanita negara, Qhoirunnisa.
Pada majlis penyampaian sijil pengiktirafan rekod tersebut, ditayangkan kompilasi video rakaman timangan bola sepak oleh para peserta kemudian simbolik timangan terakhir disempurnakan oleh Qhoirunnisa sebelum menyerahkan bola kepada Amy.
Israr Khalid
Wed Mar 01 2023
Amy (kiri) menerima sijil pengiktirafan daripada penilai rasmi Rekod Dunia Guinness di Petaling Jaya, pada Selasa. - Foto SLPR Worldwide Group
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
WONDA raikan budaya bola sepak tempatan dengan Rekod Guinness
730 peserta jayakan rekod 'Rantaian Video Menimang Bola Sepak Terbesar Dalam Talian.'