Tidak dinafikan rutin akan berubah hingga membuatkan ada segelintir isteri mula merungut tanpa sedar,
Ikuti perkongsian ustaz Khairul Anuar Basri ini supaya tiada ada isteri yang tertekan di bulan Ramadan dalam menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa di bulan mulia ini.
Menurut ustaz Khairul Anuar Basri, orang yang paling banyak pahala puasa para isteri dan ibu.
Ini sebabnya:
Sebab mereka ini masak setiap petang untuk seisi rumah berbuka puasa.
Nampak macam biasa-biasa sahaja masak setiap petang bulan puasa kan? Tapi sebenarnya pahala mereka bukan kaleng-kaleng tau!
Sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang mereka masak, semua pahala puasa mereka itu mereka akan dapat.
Pahala puasa suami, pahala puasa anak-anak. Lagi ramai anak, lagi banyak pahala puasanya. Pahala puasa mertua kalau mendiami rumah mertua.
Rasulullah SAW cakap, orang yang beri makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala puasa orang yang makan makanan yang dia beri.
Kita ingat makanan yang kita sedekah sahaja kan?
Tapi, kalau kita masak untuk berbuka puasa pun, itu dikira beri makan orang puasa jugak.
Jadi, para isteri dan ibu jangan pernah rasa letih untuk masak pada waktu petang ketika bulan Ramadan kerana pahalanya sangat besar.
Walau masak tidak jadi ke, walau masak tidak sedap ke, itu lain cerita.
Yang penting, masak sahaja, lepas itu ada orang makan untuk buka puasa, sudah dicatat pahala sama dengan pahala puasa setiap orang yang makan masakan itu.
Apa lagi kalau masak dengan ikhlas, masak dengan wajah manis, masak sambil berzikir, masak sambil dengar bacaan al-Quran.
Lagi la bertambah banyak pahalanya itu.
Kongsi ilmu ini kepada ibu dan isteri kita, semoga mereka semua bahagia di dunia dan di akhirat. - Keluarga