Istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana diperkatakan orang ramai, kata Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof.
Sebaliknya, kata beliau, istana tersebut adalah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.
"Istana itu bukan sama sekali milik Raja Bersiong. Raja Bersiong tak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa," katanya baru-baru ini.
Istana tersebut, katanya, dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dalam Perang Saudara Selangor pada 1867.
Istana dua tingkat itu, kata Wan Shamsuddin, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.
Menurutnya, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui.
Tinjauan Bernama mendapati, istana yang terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun, malah turut diletakkan sebuah tong sampah besar di hadapan tinggalan bersejarah tersebut.
Seorang penduduk, K.Jagesan, 60, berkata, beberapa individu mengunjungi tempat itu dan meminta untuk mendapatkan satu blok bata istana tersebut, namun dia menolak kerana tidak berani berbuat demikian.
Wan Shamsudin berharap, tinggalan bersejarah tersebut dibangunkan dan dipulihara kerajaan negeri, memandangkan ia merupakan tinggalan lama yang berpotensi dijadikan tarikan pelancong.
Menurutnya, jika istana itu dibangunkan dan dipulihara, ia mampu menjadi satu nilai tambah sempena kempen 'Discover Kedah 2016' yang akan datang, seterusnya menarik kedatangan pelancong dalam dan luar.
Bernama
Sun Oct 18 2015

Menurut Persatuan Sejarah, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong, namun kesahihannya diragui. - Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penyelidik yakin temui makam sebenar Merong Mahawangsa di Sungai Petani
Kewujudan sebuah makam tua dengan sepasang nisan purba di Kampung Bukit Berangan, Kuala Muda mungkin milik Sultan Mudzafar Shah I atau lebih dikenali sebagai Merong Mahawangsa.

Istana terbiar 100 tahun milik Tunku Kudin bukan Raja Bersiong - Persatuan Sejarah
Istana itu dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.