iPad terbaru keluaran Apple didedahkan kepada umum awal pagi tadi. Digelar iPad Air, ia merupakan pertaruhan terbaru syarikat gergasi teknologi itu mengekang pesaingnya daripada pasaran.

iPad Air lebih ringan dan nipis. Manakala iPad mini turut diberikan peningkatan terbarunya iaitu skrin dengan paparan retina.

Turut didedahkan adalah Macbook dan Mac Pro terbaru mereka.