SEORANG personaliti televisyen terpaksa berdepan kritikan pengguna laman sosial apabila menggunakan perkataan 'bangsat' dalam satu status di Twitter berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, Nazrudin Rahman atau lebih dikenali sebagai Abang Naz, menafikan status itu sekadar mahu mencemuh, sebaliknya ia satu teguran ke atas sistem pengurusan pusat tahfiz tersebut.
Nazrudin dalam beberapa siri tweet menjelaskan, apa yang dimuat naik beliau bukan bertujuan mempertikaikan kesyahidan anak-anak itu, apatah lagi mempersoalkan takdir.
Sebaliknya, dia kesal apabila orang ramai dengan sewenang-wenangnya merasionalkan insiden itu dengan kenyataan-kenyataan seperti mati syahid, sedangkan ada isu lebih besar, iaitu pengabaian aspek keselamatan, yang perlu diperkatakan.
"Ini bukan isu syahid, ini isu kecuaian yang membawa maut.
"Kecuaian tidak boleh diselindung dengan perkataan mati syahid. Kita perlukan jawapan kukuh kerana ini bukan kali pertama hal seperti ini terjadi," tulisnya.
BACA: Kebakaran pusat tahfiz bukan kerana litar pintas - Bomba
BACA: Bangunan sementara atau kekal, piawaian keselamatan perlu dipatuhi - TPM Zahid
Tambah Nazrudin lagi, bahasa yang digunakan ketika membuat teguran terhadap sekolah tahfiz itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ada kepincangan yang lebih besar sedang berlaku.
"Bahasa kesat yang dipertikaikan? Apa yang terjadi kepada 23 pelajar terbabit kerana tak hiraukan piawaian? Itu lagi kejam," tulisnya.
Madiha Abdullah
Fri Sep 15 2017
Naz berkata, bahasa yang digunakannya ketika membuat teguran terhadap pusat tahfiz itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ada kepincangan yang lebih besar sedang berlaku. - Gambar Facebook
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.
'Duduk, duduk...' MP Hulu Langat-Besut bertikam lidah
Tan Sri Johari Abdul memberi penjelasan berhubung soalan-soalan dibangkitkan Che Mohamad, sebelum Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan bangkit mencelah dan meminta Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu duduk.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Gerak kerja jawatankuasa itu telah bermula dengan perbincangan bersama semua kementerian dan agensi relevan dengan ranking tersebut.
Jenazah Nur Farah Kartini dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh
Van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 2.14 petang.
[TERKINI] Wan Ahmad Fayhsal digantung 6 bulan dari hadir Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan tersebut memaklumkan seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, tidak hari (46) manakala tidak undi (tiga) dengan usul berkenaan selepas ia dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan.
MITI lulus 2,700 projek pembuatan, hanya 2 peratus dibatalkan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 80 peratus daripada projek itu sudah bermula dan telah dilaksanakan.
Hilang sejak Isnin, di mana Nurul Fatihah?
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nurul Fatihah Abdullah dilaporkan hilang sejak Isnin.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar
Pengawal trafik udara melihat asap dan kebakaran di gear pendaratan kiri dan memberi amaran kepada juruterbang penerbangan dari Riyadh.
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
Lima kedai sederet musnah dijilat api di Langkawi
Kemusnahan dianggarkan melebihi 80 peratus struktur kedai.
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney
Menurut polis, identiti ketiga-tiga kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran
Kebakaran pukul 1.18 pagi memusnahkan satu blok bangunan sekolah lama jenis tidak kekal.
Lapan maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Moscow
Dua orang terbunuh selepas terjun dari tingkap, manakala enam orang lagi maut apabila bahagian dalam pejabat itu runtuh dalam kebakaran.
1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan
Seorang maut, sementara 21 orang hilang dalam kebakaran sebuah kilang bateri litium di Seoul.