SELAMAT berhujung minggu semua!

Kalau yang tidak ke mana-mana, lebih-lebih lagi kalau duduk di rumah saja dalam musim hujan ini, pasti seronok kalau dapat menikmati kuih-muih tradisional bersama teh atau kopi, bukan?

Bercakap pasal kuih-muih untuk sarapan atau minum petang sudah tentu kita akan terfikirkan karipap, buah Melaka, kuih puteri mandi dan sebagainya.

Tetapi dalam zaman ini, mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai tentang kewujudan kuih-kuih tradisional lain, apatah lagi cara untuk membuatnya.

Tahukah anda, beberapa jenis kuih tradisional ini telahpun diumumkan sebagai antara 255 item Warisan Kebangsaan baru-baru ini. Antaranya ialah kuih tahi itik, kuih bongkong atau kuih jongkong, kuih cek mek molek dan beberapa jenis kuih lagi.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohammadin Ketapi pada Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan 2018, pada 17 Oktober lalu.

Astro AWANI akan berkongsikan kepada anda mengenai asal-usul kuih-kuih tradisional ini dan resepi supaya anda boleh membuatnya sebagai juadah sarapan atau minum petang untuk dinikmati bersama keluarga tercinta dan menjamu tetamu-tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

Resipi-resipi kuih ini dipetik daripada blog masakan dapurkakyah.blogspot.com (kuih tahi itik), kurniaanmu.blogspot.com (kuih bongkong), aziekitchen (kuih cek mek molek), dan resepiyangindah.blogspot.com (kuih tepung torak).

Resipi kuih tahi itik


Resipi kuih bongkong


Resipi kuih cek mek molek


Resipi kuih tepung torak