TELUK INTAN:Ucapan syukur tidak putus-putus dipanjatkan seniman tersohor negara, Datuk M Daud Kilau kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas.
Ketika melalui saat-saat kesesakan nafas pada Khamis, penghibur legenda itu berkata, beliau sudah bersedia untuk dijemput kembali kepada Pencipta.
“Saya serah pada Allah. Dia yang hidup dan matikan kita. Saya ingat semalam (Khamis) semasa sesak nafas (saya) sudah tiada lagi kerana seperti sudah di hujung nafas.
"Namun, Alhamdulillah, Allah masih sayang saya lagi dan memberi peluang untuk saya bernafas. Terima kasih Allah, terima kasih sangat-sangat,” kata M Daud kepada Astro AWANI.
Wakil Astro AWANI berkesempatan mengunjungi M Daud di wad Hospital Teluk Intan dan seniman itu meluahkan rasa kesyukurannya kerana doktor di hospital berkenaan merawatnya dengan baik sekali.
Dalam nada yang lemah, M Daud yang berusia 83 tahun berkata, sekumpulan doktor di Hospital Teluk Intan bukan sekadar memberi rawatan yang terbaik bahkan sentiasa memberi semangat kepadanya untuk bertarung dengan kesakitan.
Kini, walaupun masih lemah, namun, kata penyanyi lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi itu, beliau masih berupaya untuk bercakap dengan lancar serta mempunyai selera makan serta masih mengenali ahli keluarga dan rakan-rakan yang menziarahinya.
“Saya faham dalam keadaan sekarang akibat COVID-19 ramai yang tidak boleh menziarahi saya, tidak mengapa, memadai mendoakan saya dari jauh. Saya amat hargai.
“Kepada rakan-rakan artis dan peminat-peminat saya di mana sahaja saya minta ampun dan maaf sekiranya sepanjang kita berkenalan saya terkasar dan tersilap,” kata M Daud sambil menitiskan air mata.
BACA: "Sedekahkan Al-Fatihah kalau saya 'pergi'"- M Daud Kilau
Sementara itu, Timb Pengarah (Perubatan) Hospital Teluk Intan, Dr Noor Azira Haron berkata, M Daud menghadapi masalah paru-paru berair ekoran kompilkasi sakit jantung.
Sehubungan itu, seniman itu, kata Dr Noor Azira akan diberikan rawatan ubat yang sewajarnya selain bantuan oksigen untuk membantu melancarkan pernafasan beliau.
“Beliau mungkin akan dirawat di hospital ini sekurang-kurangnya lima sebelum dibenarkan pulang. Ada juga rancangan untuk merujuk beliau ke Institut Jantung Negara bagi rawatan selanjutnya,” kata Dr Noor Azira lagi.
Menceritakan mengenai keadaan M Daud, Datin Rohani Awang Ngah bersyukur kerana suaminya sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif pada pagi ini.
Selepas memandikannya pagi tadi, Rohani berkata, suaminya kelihatan begitu segar sekali selain sudah berselera untuk makan.
“Semoga beliau akan segera sembuh dan kembali semula ke rumah,” kata Rohani lagi.
Pada Khamis, M Daud dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 13 2020

Seniman M Daud Kilau yang menghadapi masalah paru-paru berair ekoran kompilkasi sakit jantung kini dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak. - Gambar Astro AWANI
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.

Jenazah M. Daud Kilau selamat dikebumikan
Upacara pengebumian dihadiri hampir 200 ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan juga rakan-rakan artis.

M. Daud Kilau unik, jahit sendiri labuci baju belakang pentas - DJ Dave
Menurut DJ Dave, Allahyarham M. Daud Kilau sentiasa teliti ketika membuat persembahan terutama berkaitan bajunya.

Mengenang M. Daud Kilau: “Saya akan rindu nyanyian atuk dan panggilan Cek Mek Molek” - Cucu
Norhasliyana mengimbas kenangan setiap kali berbual di telefon, Allahyarham datuknya pasti akan menyanyikan lagu Cek Mek Molek.

Mengenang M. Daud Kilau: Suasana hiba, sayu selubungi Masjid Tuminah Hamidi
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Ayah sepatutnya jalani pembedahan kaki hari ini - Anak
Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Tular M Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Isteri
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.

"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal
Menurut anak kepada M Daud Kilau, bapa yang alami sesak nafas sejak petang semalam disahkan mempunyai masalah paru-paru berair.

M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas
Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.