SELEPAS memperkenalkan model Ninja ZX-250R pada Pertunjukan Motor Tokyo yang berlangsung pada November tahun lepas peminat motosikal berkuasa tinggi di Malaysia masih tertanya-tanya bilakah ia akan dibawa masuk secara rasmi di negara ini?
Awal bulan Julai, jentera dengan kapasiti enjin empat silinder empat strok 249.8 cc DOHC penyejukan cecair ini telah dilancarkan secara rasmi di negara jiran Indonesia dan Kawasaki mendedahkan butiran spesifikasi secara terperinci mengenai jentera ini.
Harga yang diumumkan bermula 96,000,000 Rupiah (anggaran RM28,000) untuk model asas sehingga 112,900,000 Rupiah (anggaran RM33,000) untuk model edisi istimewa.
Pada 14 Julai, jentera yang menghasilkan kuasa sehingga 51 PS pada 15,500 rpm dan 22.9 Nm tork pada 14,500 rpm ini juga telah dilancarkan untuk pasaran Thailand.
Negara Gajah Putih itu menerima dua pilihan warna iaitu hitam dan juga hijau dengan harga permulaan jualan sebanyak 269,000 Baht (anggaran RM36,245).
Namun Bangkok tidak menerima dua versi seperti Indonesia, hanya satu diperkenalkan yang mana jentera ini telah dilengkapi dengan quickshifter serta brek ABS.
Dengan bersandarkan anggaran harga bermula RM28,000 hingga RM36,000 peminat jentera ini di Malaysia sudah boleh mula mengumpul atau memecah tabung untuk memilikinya.
Ini kerana berdasarkan perbandingan harga di Indonesia, model asas Ninja 250 dijual pada harga 64,100,000 juta Rupiah (anggaran RM18,717), model ZX-25R sekitar 96,000,000 Rupiah (anggaran RM28,000) perbezaannya harganya adalah sekitar RM9,000 hingga RM10,000.
Harga model asas Ninja 250 di Malaysia pula dijual RM 23,000 dan jika ditambah RM10,000 kemungkinan harga ZX-25R yang akan dijual di Malaysia adalah RM33,000.
Umum mengetahui, Kawasaki dan Modenas ada melakukan kerjasama dalam penghasilan model asas Ninja 250.
Jika jentera ZX-25R dipasang di negara ini, sudah pasti harganya akan lebih rendah kerana tidak dimasukkan cukai import.
Bagaimanapun angan-angan itu tampak sukar kerana difahamkan model Kawasaki yang dipasang oleh Modenas dikatakan hanya model yang sedia ada di pasaran negara.
Apa pun ceritanya mengenai ZX-25R ini, peminat dua roda negara sudah pasti tidak sabar menantikan kemunculan 'superbike mini' ini menyelusuri lebuh raya dengan ngauman enjin empat silindernya kerana kali model lamanya ZXR250 di bawa masuk ke Malaysia bermula 1997 hingga ditamatkan riwayat pada 2004.
Model kemas kini dari Kawasaki ini didatangkan dengan sistem elektronik canggih yang termasuk pilihan dua mod tunggangan, kawalan cengkaman KTRC serta throttle valve elektronik. Sebagai keselamatan, kunci motosikal ini juga datang dengan sistem immobilizer.
ZX-250R dibangunkan menggunakan kerangka trellis baharu yang memberikan tunggangan sporty serta ketangkasan pengendalian sama seperti ZX-6R dan ZX-10R.
Sistem brek pula unit cakera tunggal 310 mm berserta angkup monoblock di hadapan dan cakera 220 mm di belakang. Tayar adalah bersaiz 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang.
Spesifikasi lain adalah seperti suspensi USD SFF-BP 37 mm tanpa pelarasan di hadapan, monoshock Horizontal Back-link dengan pelarasan pra beban di belakang, berat keseluruhan 182 kg, tangki bahan api 15 liter, jarak roda 1,380 mm dan jarak dari tanah 125 mm.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Afiezy Azaman
Sat Jul 25 2020
Thailand menerima dua pilihan warna iaitu hitam dan juga hijau dengan harga permulaan jualan sebanyak 269,000 Baht (anggaran RM36,245). - Facebook @kawasakizx25r
#AWANIRingkas 25 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ DJ Dave amat berduka pemergian Ahmad Nawab
2️⃣ Ringgit dijangka dalam julat kecil
3️⃣ MASwings bakal jadi milik Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ DJ Dave amat berduka pemergian Ahmad Nawab
2️⃣ Ringgit dijangka dalam julat kecil
3️⃣ MASwings bakal jadi milik Sarawak
#awaniringkas
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
Lelaki tiba-tiba hidup semula sebelum jasad dibakar
Sebelum api dinyalakan, tubuh Kumar bergerak secara tiba-tiba. Dia kembali hidup dan bernafas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
1. Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
2. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
3. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
AWANI Pagi: Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori'
Malam Alumni Universiti Malaya 'Jejak Memori' merupakan acara penuh nostalgia yang menghimpunkan para alumni dari pelbagai generasi untuk mengenang kembali detik-detik indah di kampus yang telah membentuk perjalanan hidup mereka. Dilaksanakan di Dewan Tunku Canselor yang bersejarah dan penuh nostalgia pada 17 Disember 2024, malam ini menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan. Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Duta Malaysia dirai naik tuk-tuk sempena berakhirnya tempoh diplomatik yang cemerlang
Acara unik pada majlis perpisahan itu bagi menghormati sumbangan Samuel dan meraikan tempoh perkhidmatannya yang berkesan di Bangkok.
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
"Dia ada 'style' tersendiri dan ada aura-aura yang unik" - Manan Ngah
Manan Ngah turut menambah Allahyarham mempunyai keunikan dalam mencipta sesebuah karya yang menjadikan level beliau naik bersama karya ciptaannya. Ciri-ciri lagunya yang ala-ala muzik hindustan membuatkan beliau berada di 'par' yang tersendiri.
"Beliau seorang ikon yang handal dan menonjol bermula era 70-an" - Manan Ngah
Perkongsian seorang Komposer Lagu, Manan Ngah tentang hubungan sahabat dan juga pesaing Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab dalam industry muzik tanah air.
Serangan Israel hantar mesej tolak perdamaian - Najib
Mesej disampaikan Israel jelas tertulis pada darah rakyat Lubnan iaitu menolak langkah perdamaian dibincangkan.
'Allah uji kita tanda sayang' - Amyra Rosli
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi Amyra Rosli berlarutan terganggu apabila anaknya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali sebagai Kawasaki.
Kawasaki cipta robot berbentuk kambing
Syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.
Yamaha, Honda bangunkan enjin 250cc empat silinder saingi Kawasaki ZX-25R?
Honda mempunyai CBR250RR, Yamaha memiliki FZR250, Kawasaki pula ZXR250 manakala Suzuki GSX-R250.
Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?
Tiada kes Kawasaki di Malaysia - Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini.
AS pantau penyakit Kawasaki serang kanak-kanak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pihaknya sedang menjalankan pemantauan terhadap kanak-kanak yang dikatakan menghidap penyakit Kawasaki di negara itu.
COVID-19: New York beri amaran kanak-kanak mungkin alami simptom berbeza
Ia susulan kematian tiga kanak-kanak dikaitkan dengan COVID-19, namun menunjukkan simptom keradangan serius seperti sindrom Kawasaki.
Kes penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat COVID-19 - Pakar perubatan
Puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.
Syarikat gergasi Jepun komited tingkatkan pelaburan di Malaysia
Beberapa syarikat gergasi Jepun telah memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburan dan perniagaan mereka di Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Liga J: Frontale raih tiga mata di laman sendiri
Kawasaki Frontale menewaskan Omiya Ardija 2-1, pada aksi yang berlansung pada Rabu dalam Bola Sepak Liga J.